Popular Posts

Saturday, September 27, 2014

Beli langsir di Star City textiles Nilai 3

Assalamualaikum :),

hari ni nak share cerita pasal kitorang beli langsir di Nilai 3. survey punye survey xjumpa kedai yang murah.rata2 cakap upah jahit pun cas...sampaikan skepeing langsit rm40. tak mampu la kami..sebab kami small budget laa...kami tak nak la membazir bab yang boleh jimat...banyak lagi nak pakai duit.hihi....
jalan masuk ke nilai 3

kedai ni lah kami tuju xsengaja.hihi
kedai karpet



pic gugel jerr..

masa survey tengok blog org review star city ni ada tunjuk resit sampai riban2.. kami pn aish xnak la pegi. ingat nak pegi sri murni.

sampai je nilai...cari2 foodcourt sup berdengung...nanti saya cita pasal sakit hati kt kedai sup tu...pas makan terus masuk star city, depan foodcourt tu je.

mula2 nak survey je,, tapi staf nye cakap jahit free..syarat nya kain harga rm8 semeter keatas..kami pun terus la tergoda dan beli...bajet kami rm300. tapi kami buat jenis eyelet, mahal la sikit jd, sebab ring nya rm2/ ring. malas nak pk, dah kira2, rm390. ok la...still boleh laa....jahitan nye pun sangat cantik...kemas je..so tunggu xsampai 2 jam siap.

pada kami kat nilai3 ni banyaaakkk sangat pilihan kain....kalo nak survey satu2 mmg akan penat sgt...so kami berpuas hati la ngn hasil yg dapat...dari segi harga, kat kg sy lagi murah...ok lar..:)

plan saya nak ajak lg husband sy pg nilai 3... nak cari barang2 deco dapur...mau carik yang murah2 jer...
m

update august 2015: kami bawa jiran kami mencari langsir utk rumah beliau. pusing punya pusing...kami decided utk shopping di star city ni.kenapa? sebab majoriti kedai lain mengenakan upah jahit sekeping rm20. u olls bayangkan kalau 10 keping dah rm200 hokeyyy. so kami shoping di star city ni. rod kayu mmg half price dari kat luar nilai 3 .yang paling panjang rm70 ++ je.kami ada beli haritu rm180++ mahal hokey!.

TIPS: 
1) pastikan tau bajet anda.jangan lupa kira GST skali!!
2) pilih kain dan mintak dia kira harga.
3) semasa dia tengah kira tu,korang tawar lah kaw-kaw harga...biasanya dapat.n last skali lps siap dia total,mintak lagi kurang.
4) Bila dah puas hati harga, baru korang bg dia tulis resit. once dah tulis, tak boleh kurang harga dah.
5) nak tunggu siap tu,korang lepas dulu makan2 ke.. kihkih

Friday, September 26, 2014

kedai lampu house of lighting di puchong

Assalamualaikum...

hari rabu lepas kami pegi kedai lampu house of lighting puchong ni, sebab org duk kata murah..betul ke murah? kami pn pegi lahh...ni direction ke kedai house of lighting puchong ;

1) Dari arah Putrajaya/Marriott/Hospital Serdang/Mardi, u drive ke arah Puchong.

2) Lepas Petronas kat sebelah kiri, u jalan ke depan lagi, then lepas signboard Putrajaya, ada satu exit ke Puchong - rapat kiri, ok.


3) U akan lalu satu bulatan besar - terus rapat kanan. Sebab kalau u follow je lane dari bulatan tu, u'll end up sampai ke Serdang/Equine Park


4) U drive straight sampai ke tol RM1.60


5) Exactly keluar tol ada satu simpang ke Puchong Perdana. Sila ABAIKAN simpang itu.
6) Jalan depan sikit, ada signboard simpang ape entah lagi 1 km - Sila rapat kiri untuk TUJU arah itu.


7) Lepas BHP (bukan caltex ok), u akan nampak deretan kedai kat sebelah kiri u - Masuk simpang kiri kat kedai-kedai tu. (Kalau terus, u naik flyover nanti)



8) Kedai tu memang tepi jalan tu je. Look out for HOUSE LIGHTING SDN BHD (copy from blog our own heaven on earth, tq) 

boleh jugak guna gps  koordinaat : 2.99019, 101.620475









pic from en gugel...


kalo hujung minggu, mmg sesak la kedai ni,macam pasar.hari biasa pun dah blanggar bontot..huhu...tp ok lg xseramai hujung minggu. 

ok lepas dah pilih barang, kita akan ke kaunter check barang..supaya betul la stok yg kita pilih... then, staf akan bagi no giliran utk ke kaunter pembayaran. lps tu, nak bawak kluar barang, diorang check lagi refer resit kita, n diorg hantar brg msuk kereta... kalo ramai...korg bayangkannn.... hihi.

ok tu je lah cite nye...hasil kami beli byk kotak jgk...kipas 2, lampu led downlight, dll lg..oh lupa, beli jgk tempat jemur baju jenis stainless steel..rm79 je.penah survey, harga kt lain rm200.. 






pada kami,puas hati beli kt sana, muraaahhhhh....dan berbaloi2.... tapi sebelum korg g sana,make sure tau jenis kipas dan lampu yg nak beli...nt sampai sana rambang mata..sini cantik, sume santekkk...lg satu staf nye mmg bagus layan kami...baik je sume...




Pregnant test clear blue

assalamualaikum

Alhamdullilah...syukur ke hadrat ilahi, saya dah hamil anak kedua kami, selepas keguguran yang pertama (ada sy ceritakan di blog ini).

harini saya dah 13 minggu.alhamdullilah..syukur.saya makin sihat dan gembira dengan kehamilan ni..di samping suami yang baik dan bertanggungjawab..suami saya selalu membantu di kala badan ini terlalu lemah. tq ayah! :) we love u till jannah n forever.


test ngn clear blue..tbaeekk.
kami dh eksited tahap ape ntah..guna clear blue utk confirmation. pic taken on 4th day of raya posa. 1st raya dah test,cuma guna test yg 2hinggit kami xcaya jer naik 2 line..so tggu sampai 4th day. Alhamdullilah


so kat sape2 yang cam blur eh betul ke double line ni...cepat2 la pegi beli clear blue digital ni, rm26-29 camtu lah..ada jual kat gurdian (mahal sikit) ,watson, farmasi (murah sikit).test ni tunjukkan berapa minggu kita hamil...best kan...kalo g klinik pn, doc xdapat nak confirmkan..ni pengalaman saya sendiri.dah confirm tu, cepat2 la pegi buat buku pink.

ok next entry saya nak cerita pasal rumah apartment yang kami baru beli.belum pun dapat kunci tapi eksited tuhan jer tau.hehe...

Monday, August 18, 2014

Ubat Kuatkan Rahim

salam, 

Pengalaman saya yang mengalami pendarahan di awal kehamilan ni amat ler merunsingkan. semasa mengandungkan anak pertama saya jadi jgk camni, pendarahan selama 2 minggu. saya dah pegi klinik beberapa kali, tetapi tetap tak diberi ubat kuat rahim tu.

Kata doctor A, duphaston hanya diberikan untuk yang pernah alami keguguran. masa tu ok, saya terima bulat2, sebab takde ilmu pasal tu dan ok percayakan doc. 

Doctor B plak, langsung tak sebut pasal ubat kuatkan rahim. katanya bedrest.  Memang saya tobat taknak pegi dah klinik tu. Cara dia berkomunikasi dengan saya kurang la berpuas hati. tetapi Alhamdullilah kandungan bertahan selama 18 minggu. sempat la bersama Muhammad..punca baby meninggal dlm perut sb jangkitan kuman. rindu baby saya, selalu temani saya semasa ayahnya sibuk kerja. tak pe.mesti ada hikmahnya. ;)

Kandungan kedua saya ni pun mengalami masalah sama.pendarahan di awal kehamilan dan doktor pun tak nak bagi ubat tu. pada pemerhatian saya, doctor yang tak bagi ubat kuat rahim tu biasanya doctor yang bukan bidang O&G. jadi, kalo korang ada masalah cam saya, cepat2 lah pergi klinik pakar O&G @ sakit puan ni. 

paling sedih saya pegi di klinik mediviron dlm kawasan Giant Nilai. Mula-mula saya pegi masa start pendarahan. doc tu check punye check, dia cakap rahim ok.tertutup. pastu dia just bagi asid folic.katanya cukuplah untuk masalah saya.request duphaston pun xnak bagi. dia pesan datang lagi jika berlaku pendarahan. ok, dipendekkan cerita saya pegi lagi klinik tu, doc tu cakap, awk pegi je lah hospital.whattt??? dalam hati saya, membara bengganng.ok pastu memang dah black list klinik tu...saya punya lah susah nak datang klinik tu.dengan tak sihat lagi..dengan rumah saya tingkat 4 takde lif.kalau dia nasihat awal2 suh g hospital terus, xde lah saya terhegeh2 pegi situ lg. 

Usaha kami tak habis kat situ, saya pergi Pusat Perubatan Kohilal Taman Melawati. Alhamdullilah, Doc kat situ terus bagi ubat kuatkan rahim. scan baby pun ok. memang saya puji betul cara Doc kat situ layan.. alat kat situ pun ada jenis scan di perut dan melalui vagina pun. Kohilal pun ada pusat untuk bersalin.memang bagus la... Alhamdullilah. sekarang saya dah bertambah sihat. kakak saya pun mengalami pendarahan sampai basah kain..sebab tak tahu pregnant. alhamdullilah pegi kohilal jgk..lahir sihat dah baby nya..Allah berkuasa. ok kat sini nak review pasal ubat kuat rahim. 


ubat kuat rahim

Ubat ini adalah salah satu usaha untuk mengelakkan keguguran. selain itu suntikan pun ada. Jika semasa anda mengambil ubat ini, berlaku keguguran, bermaksud janin anda mengalami masalah @ tidak sihat. secara semulajadi ubat ini membantu badan untuk mengeluarkan janin yang taksihat itu. Jika janin sihat, insyAllah ia akan membantu kuatkan rahim.  percayalah, Allah kata Kun fayakun. 

Ubat untuk menguatkan rahim kadang-kala diberikan untuk wanita tertentu semasa waktu awal kehamilan seperti wanita yang sudah menjalani rawatan kesuburan seperti IUI dan IVF, sering mengalami keguguran awal kehamilan, pendarahan ketika peringkat awal kehamilan disebabkan ‘threatened miscarriage’. Di samping ia kadangkala diberikan untuk wanita yang tidak hamil dan mengalami masalah pendarahan tidak teratur atau berpanjangan. Duphaston juga diberikan untuk menurunkan haid bagi wanita yang menghadapi masalah haid tidak datang.

Ramuan ubat Duphaston
Dydrogesterone. Ianya mengandungi hormon progesteron sintetik. Ianya diberikan dalam bentuk tablet untuk ditelan.

Fungsi Hormon Progesteron
  • Menebalkan lapisan dalam dinding rahim semasa fasa luteal kitaran haid sebagai persediaan untuk menerima embrio yang terhasil selepas persenyawaan ovum dan sperma
  • Sekiranya kehamilan berlaku, hormon progesteron akan bertindak untuk mengekalkan dan menyuburkan dinding rahim yang tebal pada peringkat awal kehamilan
  • Progesteron juga meransangkan kelenjar susu di dalam buah dada untuk membesar semasa hamil
  • Menolong mengawal kitaran haid wanita

Dos Duphaston yang diperlukan
Ini bergantung kepada keadaan wanita tersebut. Lazimnya selepas rawatan IUI ianya adalah 1 biji (10mg) dua kali sehari ataupun 1 biji tiga kali sehari. Selepas rawatan IVF ianya adalah 1 biji 3 kali sehari. Bagi wanita yang mengalami masalah ‘threatened miscarriage’ pula dos yang akan diberikan adalah 2 biji 2 kali sehari semasa pendarahan dan turunkan kembali kepada 1 biji 3 kali sehari sekiranya pendarahan sudah berhenti.

Kesan sampingan Duphaston
Kadang-kala ianya mempunyai kesan sampingan seperti sakit kepala, angin dalam perut, sakit buah dada atau loya.

*dari blog Dr natasha.


Jom la usaha sehabis baik untuk anak kita...jangan berputus asa dan jgn tesnsion ;)

update 23 april 2016: kehamilan ke 3 kali ni pun saya ada keluar brownish juga. saya ke poliklinik keluarga an najihah, di taman semarak, nilai. alhamdullilah doc baik sangat.kata doc, nak scan dulu sbelum di beri ubat.Alhamdullilah expert doc najihah. katanya bby ok.dan dpt duphaston ni utk 10hari. next 10 hari kena datang balik, sb doc nak check lg. Alhamdullilah, 1minggu ambik ubat ni, dah tak keluar brownish tu.

diagnosis dari doktor pakar, pangkal rahim saya lemah. sebab tu ada pendarahan setiap kali hamil. kali ni nak kena buat cerclage. seram jugak.huhuhu.












Friday, August 15, 2014

Elakkan keguguran semasa 3 bulan pertama kandungan dan puncanya


PEMBENTUKAN embrio memerlukan satu telur (ovum) dan satu sperma yang sihat. Satu kajian melaporkan dalam setiap empat telur, hanya satu saja yang mempunyai struktur kromosom yang normal maka tidak menghairankan apabila diketahui peluang pasangan untuk hamil dalam mana-mana satu kitaran haid wanita hanya sekitar 25 peratus saja.

Malah dinyatakan juga keguguran ini berlaku sangat awal sebelum wanita ini sedar dia hamil dan menyangka ia haid saja.

Kejayaan kehamilan juga memerlukan embrio yang sihat di samping faktor lain seperti kesesuaian lapisan endometrium rahim yang merupakan kawasan perlekatan janin dan pembesaran seterusnya.

Lazimnya keguguran yang berlaku dalam masa tiga bulan pertama kehamilan (trimester pertama) berpunca daripada sifat janin yang tidak sihat iaitu mempunyai ketidaknormalan kromosom yang menyebabkan gangguan pembentukan organ penting.

Namun, ujian pengesahan (ujian kromosom) ke atas janin yang keguguran ini jarang dilakukan atas sebab kos dan praktikal (ini kerana ia tidak semestinya berulang atau berkaitan dengan kehamilan seterusnya).

Hanya dalam kes keguguran tiga kali berturut-turut (juga disebut recurrent atau habitual miscarriage) sahaja, satu siri ujian dilakukan termasuk:

- Ujian darah (jangkitan kuman toxoplasmosis, rubella, cytomegalovirus dan herpes simples).

- Ujian darah lain (profil arthritis, profil tiroid dan kencing manis)

- Sampel lelehan faraj.

- Ujian sinaran-x histerosalpingogram

- Ujian kromosom.

Ada beberapa penyakit yang menyebabkan keguguran berulang, ada penyakit yang boleh dirawat malah perlu dirawat, jika tidak risiko keguguran meningkat kepada 60 peratus.

Semua ujian di atas mungkin tidak dilakukan ke atas anda memandangkan ia baru keguguran pertama. Lazimnya selepas keguguran, wanita dinasihatkan supaya tidak hamil dalam masa dua atau tiga bulan atas beberapa sebab, antaranya untuk mengembalikan kesihatan fizikal dan ketenangan fikirannya (keguguran boleh memberi kesan tekanan) sebelum dia bersedia hamil kembali.
Setelah prosedur D&C pula, waktu terbabit perlu untuk lapisan dalam rahim kembali sihat. Seeloknya berjumpa kembali doktor anda sebelum memulakan kehamilan seterusnya.

Selain itu, mulakan pengambilan pil asid folik sebanyak 5 miligram setiap hari dari sekarang, ini banyak membantu mengurangkan risiko kecacatan otak dan sistem saraf tunjang bayi anda kelak.

Dipetik dari;
http://www.hmetro.com.my/

cara meningkatkan kesuburan wanita

assalamualaikum

korang penah dengar kan orang kalo orang gemuk ni, susah nak pregnant.senang cite tak subur. kalo g jumpa doctor utk rawat kesuburan pun doc akan suruh turunkan berat dulu. ok, untuk pengetahuan kawan2, saya salah sorang yang mengalami masalah kegemukan. hihi. sebelum kawin, perkara pertama sy pk, ayyak..camne ni, boleh lekat tak nanti ni...

kenal suami masa tu pn skejap je.masa kenal dia, berat 80kg tinggi 153cm je. huh! korang rassa???? mmg la saya gemuk. dengan inisiatif sendiri saya diet + suplement cambridge weight plan (CWP). memang jarang dengar produk ni. kawan saya kauselornye..beli dengan dia je lah.

start ambik cwp, bln5- bln 11 ( kawin 22/11/13) berat sy jadi 66.5kg.. Alhamdullilah.kalo korang berminat boleh email sy..nt sy bg no fon kawan sy. kat sini bukan sy nak promote.tapi nak share camne diet secara sihat.Cwp ni, banyak join dengan hospital, projek untuk kencing manis. sy antara orang yang dah try macam-macam produk kt luar sana. cakap je produk mana sume dh try.dari yg xde sijil kkm yg murah yg mahal sume try.tp xberkesan..Alhamdullilah sy cuba cwp ni,bjaya.syukur. cwp jgk ada boleh menambahkan tahap kesuburan kite.

ok,lepas sy nikah 22/11/13, saya period 1/12/13, lepas tu sy lekat.Alhamdullilah. kuasa Allah.. tapi kegembiraan kami tak berpanjangan.sempat bersama arwah Muhammad selama 4bln 2minggu je dlm kandungan..sy redha.

bulan 4,5,6 je sy kosong,bulan 7 saya dh test upt.sekarang sy tengah mengandungkan anak kedua kami.baru je 7minggu. Alhamdullilah.tapi ada bleeding / spotting brownish skit lately.esk kami akan ke pusat rawatan kohilal.

pic ni, test masa raya ke4 jika tak berjaya hamil,  cuba la kuruskan badan untuk kesihatan kita...mana tau ada rezeki lepas tu.boleh cuba diet atkin.

ini ikhtiar lain korang boleh cuba:

korang cuba amalkan cara berikut dan like la fb Dr salwa...

cara seterusnya: diet atkin.ramai dah saya tengok diorang berjaya hamil...like la fb atkin tu..maaf kepada tetty, saya print skrin kisah rezeki anda...saya doakan semua nya selamat.aminnn




Doa semasa mengandung dan keselamatan baby


Assalamualaikum ;)

hari ni, saya nak berkongsi doa untuk keselamatan baby semasa dalam kandungan. Doa ini biasanya di baca  selepas solat.

DOA KESELAMATAN BAYI (di baca oleh ibu hamil)





DOA UNTUK IBU HAMIL DIBACA OLEH SUAMI ISTERI


1) Al Baqarah (286)




Maksud  :


”Ya Tuhan kami, janganlah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau salah. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang kami tidak sanggup untuk memikulnya. Berilah kami maaf, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka berilah kami pertolongan (untuk menang didalam menghadapi) orang-orang kafir.”





2) Al Furqan (ayat 74)





3) (Ali Imran) ayat 173



Maksud: Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah Sebaik-baik Pelindung




4) (Al Anfal) ayat 40 :


maksud:

Dia adalah Sebaik-baik pelindung dan Sebaik-baik penolong, tidak ada daya upaya dan kekuatan, melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia”




Jom la amalkan doa-doa ini, selalulah solat berjemaah bersama suam isteri. tak dapat 5 waktu, 3 waktu. dan sebagainya. lepas solat mohonlah keselamatan kandungan. doa ini saya kumpul untuk panduan bersama. ameen semoga kita dibawah lindungan Allah s.w.t









Thursday, August 14, 2014

Cara berpantang selepas Keguguran

Assalamualaikum kawasn-kawan, ;)

Hari ni, saya nak berkongsi sedikit pengalman dan cara saya berpantang semasa keguguran arwah Muhammad semasa Muhammad 18 minggu kandungan. Masa keguguran tu, ramai orang berpesan kepada saya untuk berpantang lama sikit.sebab baby saya dh besar 18 minggu. here we go,

1) saya memilih 44 hari. tetapi saya mampu habiskan 40 hari je. sebabdah sihat dan nak jalan-jalan. hobi memang suka keluar cuci mata.;) darah nifas saya sebenarnya hampir kering selepas 2 minggu keguguran. tetapi saya ada minum air sireh selama 3 hari (tak boleh lelama tau). ada cara nya iaitu berapa helai ntah kena rebus. saya dah lupa.maaf ye. fungsi daun sireh untuk membuang darah yang tak keluar habis dari rahim kita. dan saya rasa darah lancar.rasa best je.

Daun sireh 


2) Hari ke 7 saya berpantang, saya berurut perut, seluruh badan, dan bertungku.lepas tu saya berbengkung selama 3 minggu je. lepas tu saya on off bengkung. kemalasan melanda.hihi.

batu sungai je saya guna. (kredit: google)

pastu balut dalam kain camni, pastu tukang urut buatkan. 

lepastu dah siap urut, sapu lotion pati halia Mustajab warna hijau tu, and pakai bengkung. memang best.


3) makanan semasa pantang, makan nasi dan ikan bakar je. time lapar saya makan biskut hupseng dan milo.bila dah google banyak yang cakap ini tak boleh, itu tak boleh. saya ambil jalan senang, makan camni je.ulam saya kunyit hidup.potong kecil-kecil. makan tengah panas memang sedap. sesekali bihun sup.

4) minggu ke 3 saya berpantang saya ambil nona roguy.ini selepas sy puas google dan bertanya pengalaman kawan-kawan yang pernah keguguran baby besar di forum Ratuhati. sorang kawan saya ni, dia 2 kali bersalin awal masa 27 minggu (anak kembar) dan anak kedua 20 minggu. Alhamdullilah sekarang dia dah dapat baby comel. jarak dia lekat ialah lepas je habis pantang, tak sempat period pertama. Alhamdullilah. saya ambil 2 jenis je.saya ambil selama seminggu je.masa ni lah darah nifas keluar selama 2 minggu lagi.jadi darah nifas saya 40 hari. Alhamdullilah.

pil phytonatal 

teh akar herbanika.


kedua-dua produk ni saya beli dengan kak engku secara online.harganya mmg jauh lebih murah kat kedai.



5) semangat. kita masih lemah.masa nilah suami perlu lebih bg perhatian kat isteri.sokongan dari segi emosi dan mental. selalulah berborak dengan suami.minta perhatian nya..suami jangan biarkan isteri sorang-sorang...that's not goog hokey. ;)

sampai sinilah dulu tips saya yang tak seberapa ni. tips yang melalui pengalaman saya. berpantang pun kat rumah kakak.abang ipar yang masak kt sy selama 2 minggu. ye lah ibu dah takde. lepas tu saya balik kat rumah sendiri. berpantang sendiri.ok lah assalamaualaikum... have a nice day semua










Wednesday, August 13, 2014

Doa untuk Kuatkan Rahim dan Elakkan keguguran

Di dalam artikel pendek ini doktor Natasha berkongsi doa dan zikir yang dapat diamalkan oleh bakal-bakal ibu agar dikuatkan rahim untuk mengelakkan keguguran ataupun kelahiran pramatang.
Ada beberapa doa / zikir yang boleh diamalkan bagi tujuan ini:
1. Membaca surah Al-Hij’r ayat 97, 98 dan 99:


Maksudnya:
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

2. Membaca zikir Ya Mubdi.    http://cdn.islamiclyrics.net/wp-content/uploads/2009/01/al_mubdi.png  Bermaksud Pencipta
Hendaklah suami atau seseorang membaca zikir tersebut di atas sebanyak 99 kali pada waktu sahur (sebelum Fajr) dan meletakkan tangan di atas perut isterinya atau perempuan yang sedang hamil.
3.  Baca doa di bawah :

Maksudnya: 
Ya Allah, Tuhan yang mengenggam langit sehingga tidak jatuh ke bumi, ia tegak tanpa atap. Genggamlah janin yang ada di rahimku, sempurnakan dia hingga dia lahir dengan baik dan selamat.

doa- doa ni, saya copy paste blog Dr Natasha, pakar O&G http://drnatashanorfertility.com
Di harap kita sama-sama mengamalkan doa ini. ingatlah, Kun fayakun..JIka Allah kata Jadi, Maka Jadi lah Ia.  wassalam.

Keguguran semasa 18 Minggu : anak pertama

Selamat pagi semua,

Tiba-tiba teringat kenangan mengandungkan anak pertama, Muhammad. Di awal kehamilan saya, ada pendarahan yang berlarutan selama 2minggu,masa tu saya takut giler dengan hospital. tak gi check pun.ada bidan kg cakap, doc masukkan alat dari bawah tu, boleh gugur. appaaa la punye org.lg kiter takut.

Saya mula buat buku baby, masa kandungan 2bulan. saya tak makan langsung vitamin klinik bagi.sb tak boleh telan..asik muntah. saya dengan bhemahnya, beli vitamin S******.set kehamilan.ternyata saya tak sesuai dengan vitamin tu. Dos dia mungkin tinggi untuk saya. Alahan sangat kuat masa tu..

masa genap kandungan saya 18 minggu, saya tetiba tak larat sangat2, muntah2, dan bagun pagi tu kain saya basah. saya ingatkan keputihan. punyer la takde pengalaman. kalo korang nak tau, air ketuban ni, dia air jernih, macam air paip gitu je, cair, tak likat, tak pekat.. ada bau sikit. tengahari tu saya dah prasan ada darah. terus saya g klinik n klinik refer saya ke hospital putrajaya. dalam hati dah tak sedap.

4/4/14: check punye check masa tu magrib, masuk kecemasan, labour room, masuk wad masa tu dh pkul 12 tgh malam 5/4/14 saya kena keluarkan baby jgk masa tu sebab saya dah gigil demam. masuk ke labour room, doc masukkan ubat dari vagina (induce namanya) . sakit yaAllah..tuhan saja tau. masa tu sorang. bila suami  sampai, tengok je muka dia, terus  teran, n baby kluar..hilang smua sakit masa tu. Alhamdullilah

selama 4 hari saya duk wad 2b, nurse baik2 blaka, doctor kt labour room pn sangat baik..tq semua. lepas keguguran arwah Muhammad, kami banyak bermuhasabah diri, kesilapan kami, kekurangan kami semasa mengandungkan Muhammad. dari hari pertama di wad , hati ni macam dihiris-hiris.sedih pedih, semuanya ada. tengok ibu-ibu katil sebelah, semuanya dengan baby, saya?? sorang je berteman air mata. camtu lah saya sampai habis pantang. tak boleh tengok baby (walaupun dalam gambar) dan tak boleh duk sorang. Masa ni, suami dan family banyak menjaga saya. sebenarnya, kunci kepada dugaan ujian kita terima adalah REDHA. insyAllah kita lebih tenang. Semoga Allah mengampunkan dosa2 kami. kami yakin ada hikmah di sebalik semua ni. 

Kalo korang pregnant, sedikit nasihat saya: 

1) masa buat buku baby tu bgtau doctor kalo ada sejarah tairoid @ family yg ada tairoid. mintak doc check paras hormon tairoid dlm darah. Saya disahkan ada tairoid lepas 1 bulan keguguran. tu pun inisiatif sendiri nak chek. Tairoid salah satu penyebab keguguran. 

2) Jangan sesekali ambil vitamin tanpa pengawasan doc. sebab yg jual kt luar tu, boleh jadi mcm saya, tak sesuai. ada orang ambil ok..so kita tak boleh ckp benda tu bagus untuk kita jgk..no no no. so better jangan ambil. 

3) Awal kehamilan 1-3 bulan jangan la bsama suami dulu. Ni doc yg cakap. mungkin rahim kita tak kuat lagi.. untuk pregnant 1st, boleh cuba tips ni.sb kita tak tau lg rahim kita camne. ada kajian menyatakan air mani boleh menyebabkan kontraksi pada rahim dan boleh menyebabkan baby keluar. sebab tu kalo kehamilan 3rd trimester di galakkan bersama suami untuk memudahkan bersalin. wallahualam.

4) cuba elakkan makanan pedas, tajam, seperti air kelapa, nenas, lada hitam, cili, dan sewaktu dengan nya di awal kehamilan.boleh menyebabkan keguguran.seperti saya cakap, lain badan lain ye kesan nye.

tu je lah tips n perkongsian pengalaman saya, semoga Allah merahmati kita semua ameenn.

kepada ibu-ibu di luar sana, jangan bersedih ye dengan keguguran kita, Allah buat yang terbaik untuk kita. Mereka akan tunggu kita disyurga..InsyAllah sayang ibu, nanti kita akan jumpa di sana.

pusara anak saya Muhammad.dalam kenangan. ibu ngn ayah sayang Muhammad. :(














Monday, July 21, 2014

salam perkenalan

assalamualaikum 

salam ramadhan, hari ini ialah ramadhan ke23. tak lama lagi kita akan menyambut syawal.
tercetusnya idea nak blogging sebab ingin save setiap sweet and sour kehidupan saya dan suami. jom la kita beramal di malam ramadhan yang hanya berbaki beberapa hari lagi...semoga kita beroleh ketenangan dan keberkatan dari Allah s.w.t.