Popular Posts

Tuesday, July 12, 2016

tips paling berkesan hilangkan batuk ibu mengandung

Seperti yang kita maklum, ibu mengandung tak boleh ambik ubat batuk, selsema sebarangan.bahaya pada baby.

10 jun 2016 lalu, saya telah selamat menjalani minor operation cervical cerclage di HPJ. 1 minggu sebelum tu saya mengalami batuk, sakit tekak dan selsema yg agak teruk. risau keadaan ni mungkin ganggu operation tersebut saya cari beberapa usaha nak hilangkan batuk. saya ke klinik di nilai dan dapat ubat batuk, selsema dan seangkatan dgn nya.tapi menurut kawan saya seorang pegawai farmasi, tidak digalakkan makan ubat tersebut kecuali panadol je. sudahnya, batuk masih ada.masa hanya tinggal 3 hari lagi.. 

so di sini saya listkan cara berkesan hilangkan batuk dan sakit tekak dalam masa 3 hari. insyAllah:

1) minum air masak suam banyak 2-3 liter sehari.jgn sesekali minum air sejuk.

2) minum campuran air suam + madu asli + perahan lemon. minum dalam 3 kali sehari. yang ini paling berkesan.sekejap je batuk semakin hilang.alhamdullilah.

3) makan gula-gula ni. saya borong di farmasi dan 7E. Alhamdullilah sangat membantu. masa tidur saya kemam je..sb batuk saya agak teruk masa tidur.

antaranya: gula-gula cap ibu dan anak dan gula2 zecuf. hisap gula-gula tu sepanjang masa. gula-gula hacks pun saya try, tp tak berkesan pd diri saya.


4) sakit tekak: minum air asam jawa suam.pastikan asam jawa yang biji tu baru berkesan. bukan pes yang dah siap tu. buat 3 kali sehari. pagi, tghari, dan sebelum tidur. 

5) vitamin c dan ubat kumur dari hospital.

6) berdoa banyak2 pada Dia yg berkuasa. 
saya faham sangat keadaan batuk tiba-tiba sebelum nak operation.

p/s: thanks to doctor dari Hosp putrajaya yang call before masuk wad dan bg tips lemon + madu. sebab sebelum tu saya tak yakin ia berkesan.syukur Allah sembuhkan saya dan temukan penawarnya.


1 comment:

  1. Slm..sis..boleh update tentang kandungan sis? Harap semuanya baik2 sahaja..sy dah 3minggu warded sbb incompetenve jgk..

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak anda :)