Popular Posts

Monday, August 18, 2014

Ubat Kuatkan Rahim

salam, 

Pengalaman saya yang mengalami pendarahan di awal kehamilan ni amat ler merunsingkan. semasa mengandungkan anak pertama saya jadi jgk camni, pendarahan selama 2 minggu. saya dah pegi klinik beberapa kali, tetapi tetap tak diberi ubat kuat rahim tu.

Kata doctor A, duphaston hanya diberikan untuk yang pernah alami keguguran. masa tu ok, saya terima bulat2, sebab takde ilmu pasal tu dan ok percayakan doc. 

Doctor B plak, langsung tak sebut pasal ubat kuatkan rahim. katanya bedrest.  Memang saya tobat taknak pegi dah klinik tu. Cara dia berkomunikasi dengan saya kurang la berpuas hati. tetapi Alhamdullilah kandungan bertahan selama 18 minggu. sempat la bersama Muhammad..punca baby meninggal dlm perut sb jangkitan kuman. rindu baby saya, selalu temani saya semasa ayahnya sibuk kerja. tak pe.mesti ada hikmahnya. ;)

Kandungan kedua saya ni pun mengalami masalah sama.pendarahan di awal kehamilan dan doktor pun tak nak bagi ubat tu. pada pemerhatian saya, doctor yang tak bagi ubat kuat rahim tu biasanya doctor yang bukan bidang O&G. jadi, kalo korang ada masalah cam saya, cepat2 lah pergi klinik pakar O&G @ sakit puan ni. 

paling sedih saya pegi di klinik mediviron dlm kawasan Giant Nilai. Mula-mula saya pegi masa start pendarahan. doc tu check punye check, dia cakap rahim ok.tertutup. pastu dia just bagi asid folic.katanya cukuplah untuk masalah saya.request duphaston pun xnak bagi. dia pesan datang lagi jika berlaku pendarahan. ok, dipendekkan cerita saya pegi lagi klinik tu, doc tu cakap, awk pegi je lah hospital.whattt??? dalam hati saya, membara bengganng.ok pastu memang dah black list klinik tu...saya punya lah susah nak datang klinik tu.dengan tak sihat lagi..dengan rumah saya tingkat 4 takde lif.kalau dia nasihat awal2 suh g hospital terus, xde lah saya terhegeh2 pegi situ lg. 

Usaha kami tak habis kat situ, saya pergi Pusat Perubatan Kohilal Taman Melawati. Alhamdullilah, Doc kat situ terus bagi ubat kuatkan rahim. scan baby pun ok. memang saya puji betul cara Doc kat situ layan.. alat kat situ pun ada jenis scan di perut dan melalui vagina pun. Kohilal pun ada pusat untuk bersalin.memang bagus la... Alhamdullilah. sekarang saya dah bertambah sihat. kakak saya pun mengalami pendarahan sampai basah kain..sebab tak tahu pregnant. alhamdullilah pegi kohilal jgk..lahir sihat dah baby nya..Allah berkuasa. ok kat sini nak review pasal ubat kuat rahim. 


ubat kuat rahim

Ubat ini adalah salah satu usaha untuk mengelakkan keguguran. selain itu suntikan pun ada. Jika semasa anda mengambil ubat ini, berlaku keguguran, bermaksud janin anda mengalami masalah @ tidak sihat. secara semulajadi ubat ini membantu badan untuk mengeluarkan janin yang taksihat itu. Jika janin sihat, insyAllah ia akan membantu kuatkan rahim.  percayalah, Allah kata Kun fayakun. 

Ubat untuk menguatkan rahim kadang-kala diberikan untuk wanita tertentu semasa waktu awal kehamilan seperti wanita yang sudah menjalani rawatan kesuburan seperti IUI dan IVF, sering mengalami keguguran awal kehamilan, pendarahan ketika peringkat awal kehamilan disebabkan ‘threatened miscarriage’. Di samping ia kadangkala diberikan untuk wanita yang tidak hamil dan mengalami masalah pendarahan tidak teratur atau berpanjangan. Duphaston juga diberikan untuk menurunkan haid bagi wanita yang menghadapi masalah haid tidak datang.

Ramuan ubat Duphaston
Dydrogesterone. Ianya mengandungi hormon progesteron sintetik. Ianya diberikan dalam bentuk tablet untuk ditelan.

Fungsi Hormon Progesteron
  • Menebalkan lapisan dalam dinding rahim semasa fasa luteal kitaran haid sebagai persediaan untuk menerima embrio yang terhasil selepas persenyawaan ovum dan sperma
  • Sekiranya kehamilan berlaku, hormon progesteron akan bertindak untuk mengekalkan dan menyuburkan dinding rahim yang tebal pada peringkat awal kehamilan
  • Progesteron juga meransangkan kelenjar susu di dalam buah dada untuk membesar semasa hamil
  • Menolong mengawal kitaran haid wanita

Dos Duphaston yang diperlukan
Ini bergantung kepada keadaan wanita tersebut. Lazimnya selepas rawatan IUI ianya adalah 1 biji (10mg) dua kali sehari ataupun 1 biji tiga kali sehari. Selepas rawatan IVF ianya adalah 1 biji 3 kali sehari. Bagi wanita yang mengalami masalah ‘threatened miscarriage’ pula dos yang akan diberikan adalah 2 biji 2 kali sehari semasa pendarahan dan turunkan kembali kepada 1 biji 3 kali sehari sekiranya pendarahan sudah berhenti.

Kesan sampingan Duphaston
Kadang-kala ianya mempunyai kesan sampingan seperti sakit kepala, angin dalam perut, sakit buah dada atau loya.

*dari blog Dr natasha.


Jom la usaha sehabis baik untuk anak kita...jangan berputus asa dan jgn tesnsion ;)

update 23 april 2016: kehamilan ke 3 kali ni pun saya ada keluar brownish juga. saya ke poliklinik keluarga an najihah, di taman semarak, nilai. alhamdullilah doc baik sangat.kata doc, nak scan dulu sbelum di beri ubat.Alhamdullilah expert doc najihah. katanya bby ok.dan dpt duphaston ni utk 10hari. next 10 hari kena datang balik, sb doc nak check lg. Alhamdullilah, 1minggu ambik ubat ni, dah tak keluar brownish tu.

diagnosis dari doktor pakar, pangkal rahim saya lemah. sebab tu ada pendarahan setiap kali hamil. kali ni nak kena buat cerclage. seram jugak.huhuhu.












16 comments:

  1. Akak bleh cte detail cara mkn tu..sbb kalau ade bleeding 2 3 titik

    So nk mkn berapa bnyk
    G klinik dia sruh bli farmasi
    Tp dia xckp dos berapa

    So nk thu

    Kalau blh contact sy akak
    0139649205

    ReplyDelete
  2. maaf lambat balas sis. cara makan akak haritu 1biji 2kali sehari.sis boleh refer doctor yg rawat ye.mungkin dos tak sama setiap org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak macam saya pernah keguguran jadi saya kena g klinik dulu ya tengok keadaan bby

      Delete
  3. maaf lambat balas sis. cara makan akak haritu 1biji 2kali sehari.sis boleh refer doctor yg rawat ye.mungkin dos tak sama setiap org.

    ReplyDelete
  4. saya pernah kehilangan anak dua kali meninggal . takdak perdarahan tiba tiba jantung baby berhenti . boleh ka saya makan ubat tu .

    ReplyDelete
  5. Sy dpat ubat ni..utk 5 hari mkan ade 10 biji.. mudah2an ade rezwki bby dapat perut.. ammiin.

    ReplyDelete
  6. Tq sgt manfaat. Skg tengah bleeding. Doc bagi ubat yg sama. Baru start amik day 2. Still bleeding. Meaning kalau janin x subur akan miscarriage btol? Sbb lepas amik bleeding lagi banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dengan saya ni. Sekarang macam mana?

      Delete
  7. tq sis sbb kongsi crita .sangat2 bermanafat saya pernah ambil ubat ni blum habis bby dh gugur.saya reda pasti ada hikmah.saya dh hamil 6 kali ksmua kandongan gugur.

    ReplyDelete
  8. Sya mengandung 8 week anak pertama .sya kluar sporting bleeding..dn sya trs gie klinik..dn scan .. alhamdulilah baby sya ok..dh Dr BG sya ubat kuatkan Rahim dn bebrest secukupnye..sya DH dua Ari makan ubat kuatkan Rahim..dn arap2 baby sya x de Pape..

    ReplyDelete
  9. Boleh cerita pengalaman sis cerclage pula?

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum. sy nk bertanya. ubat duphanston ambik masa berapa lama ye utk berkesan.? brlaku pendarahan minggu ni. doc bgi ubat ni.baby baru 3bulan. mohon pencerahan .

    ReplyDelete
  11. Sy 4 jam lepas ambik ubat kuat Rahim terus bleeding teruk..maknanya keadaan janin xs3mpurna lah ye tapi masa keluar tu nampak kuat je Nadi😭mgkin xde rezeki Sy tak tahulah elok2 x bleeding terus bleeding teruk lepas mkn ubt kuat Rahim..mgkin xde rezeki Sy Ank Pertama lpas 12tahun ttc..xpernah lekat Dan xpernah gugur,ni lah Kali Pertama..harap ada LG rezeki lpas ni

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak anda :)