Popular Posts

Tuesday, July 12, 2016

kehamilan anak ke 3

Alhamdullilah.sujud pada Mu ya Allah kerana kurniakan kami rezeki. semoga kandungan kali ini, smooth pregnancy.

25 mac 2016 jumaat
period dah lewat hampir sebulan. dah banyak kali saya test.tetap -ve. pelik juga, sebab sebelum ni, lewat period 3 hari dah naik double line dah. saya ni jenis rahim tak berapa kuat.jd saya amat mengambil tau pasal pregnant atau tak ni. di pendekkan cerita 2minggu sebelum tu saya lasak masuk kelas erobik stepboard. angkat2 berat. syukur semuanya ok. pagi jumaat terus ke klinik salak utk bukak buku baby. malangnya, tak kena hari. jumaat hanya utk kes2 tertentu.bukan utk buka buku. so isnin tu kena datang lagi.

28 mac 2016 isnin
buka buku pink.setel. kata doc, kandungan saya dah 8minggu masa tu.tapi kiraan saya 4-5 minggu je. scan di klinik salak, tak nampak.kena datang lagi 2 minggu.so balik dengan keciwa. risau tkt bukan ditempat betul.nauzubillahiminzalik

2 april 2016 sabtu
plan nak ke poliklinik an najihah taman semarak, nilai. tapi tutup pula.masa tu pkul 2 lebih.silap pulak. so kami ke klinik sariah nilai.deret ambank. doc sariah baik sangat. scan tak nampak juga.suruh saya minum air 1botol besar. 1jam dtg balik.perggh nak muntah air rasa.dah tu scan nampak la secoet bby. katanya baru 4minggu lebih. tp kenapa doc xscan tvs ye.lupa nak tanya..ade je nampak probe tu.doc sariah bg surat refer ke hosp putrajaya sebab saya ada problem kehamilan sebelum ni.

5 april 2016 selasa
ke hospital putrajaya O&G. susah betul diorang nak terima surat dari swasta. alhamdullilah, setel.so, ambik date opoimen..18 april 2016.

10 april 2016 ahad
keluar yellowish sikit. hadoiii rasa nk nangis je. hati kuat mengatakan tu nak jadi brownish tu.

11 april 2016
opoimen repeat scan di kk salak. so bagitau doc , ada yellowish/ brownish discharge. doc bgtau tu biasa.dan doc buat speculum untuk ambil sample. malangnya lepas siap ambik sample, doc lupa, sample akan di collect hari rabu petang shaja..hadoii. buat rugi je. balik magrib tu keluar darah merah sikit.susahnya hati saya ni. rasa nak nangis je. suami tenangkan. plan nak ke klinik an najihah rabu malam 13 april 2016. 2 hari saya bedrest. semua keje suami saya buat.saya masak n makan je.alhamdullilah dikurniakan suami penyayang dan memahami.

10jun 2016
selamat menjalani cervical cerclage di hospital putrajaya under doc pakar hashliena.

12 julai 2016
kandungan nk masuk 5 bln. alhamdullilah.





2 comments:

  1. Assalam nak tanya sis ingat lagi x berapa ukuran panjang pangkal rahim sis waktu bleeding dengan buat cerclage?

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak anda :)