Popular Posts

Tuesday, June 23, 2015

Chicken Mandy Rice terbaikkk

Assalamualaikum,

Semalam kerajinan melanda diriku. duk mengidam pulak nak makan nasi arab di cyberjaya tu. berbuka puasa kat luar bukan lah kegemaran kami.agak susah nak solat. berebut-rebut gituww.. di rumah lah best.jadi masak-masak pun kena lah best..

Duk godek2 resepi di blog kak Azie Kitchen, ternampak lah nasi mandy ayam. terus lah saya mencuba. agak tak yakin dengan diri ni, boleh ke buat, nasi hujan panas pun tak pernah buat.. pttfffft. hihi. melihat komentar di blog kak azie, rata-rata bagitau senang je. ehh ye ke?? Yes memang mudah dan cepat masak nasi mandy ni.rugi tak cuba


beras saya guna:
best beras ni. RM22.90 di speedmart 99. cara masak ada kat belakang plastik. masuk air lebih pun takpe. tak lembik

maka.. saya pun mencuba. saya masak untuk 2 orang makan dan makan memang puas hati banyak.hiihi.. resepi asal di SINI - AZIE KITCHEN

Chicken Mandy Rice
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
2 cawan beras basmathi 
kurang 1/2 cawan minyak zaitun  
1 labu bawang besar - potong dadu 
2 1/2 ulas bawang putih - mayang 
kurang 1/2 cm kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
1 biji buah pelaga 
3 tangkai bunga cengkih 
1 helai daun bay (tak letak- tak jumpa kat kedai)
3 helai daun pandan
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara (tak letak - arang takde)

Bahan B 
1/2 ekor ayam di potong 8
1/2 cm halia 
kurang 1 sudu teh serbuk ketumbar -agak2 ye
kurang 1 sudu teh serbuk jintan manis  -agak2 ye
kurang 1 sudu teh serbuk jintan putih  -agak2 ye
kurang 1 sudu teh serbuk kunyit  -agak2 ye
kurang 1 sudu teh serbuk lada hitam  -agak2 ye
1 helai daun salam (tak letak- takde)
1 sudu makan minyak masak 
1 liter air (agak2 ayam tenggelam) 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara cara
1. Kesemua bahan bahan B dididihkan di dalam periuk sehingga ayam masak. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam ini dengan minyak. Manakala air rebusannya disimpan utk memasak nasi. Ketepikan. 

2.Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 3 helai daun pandan sehingga naik bau.

3. Masukkan beras dan goreng seketika. Curahkan 5 cawan air rebusan ayam tadi. Pindahkan ke dalam rice cooker

4. Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan ayam di dalam nasi- supaya ayam lembut sebati dalam nasi.

5. Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa. saya tambah sos salatah.


Bahan bahan salsa
2 biji buah tomato - potong dadu 
1 batang timun dibuang biji - potong dadu 
1 labu bawang besar - potong dadu 
2 tangkai cili merah - dimayang halus 
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus 
1 biji lemon diperah ambil jusnya 
1 sudu makan minyak zaitun 
Garam  
Gula 

Cara cara 
Campurkan kesemua bahan2 di atas. Gaul mesra di salam satu mangkuk. Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandy.

Bahan bahan sos salatoh
sumber : DAPUR MAMASYA
tomato -2 biji
cili hijau besar- 1 biji
cili merah besar - 1 biji 
cili padi- 3 biji
bawang putih- 2 ulas
garam, gula sikit, air pastu blender semua ni. ikut kepedasan masing-masing ye.


hasilnya:




terima kasih sumber resepi azie kitchen dan mamasya.semoga anda diberikan kesihatan yang baik..aminn.


Saturday, June 20, 2015

Pesakit Tirod dan kehamilan

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi mengenai tairod dan kehamilan.. saya salah seorang pesakit subklinikal hypertairod.  dan saya selalu membaca luahan hati kawan2 di group fb Tairod dan Anda. anda boleh search fb 'Tairod dan anda'. group tu private.nt admin akan approve. anda boleh baca banyak ilmu dari SINI. kak pah ni, founder fb tairod dan anda. kat group fb tu anda kongsi lah pengalaman anda, dan perasaan anda...ramai yg akan support anda.

ok berbalik pada tajuk. well, saya di sahkan dapat tairod lepas pantang anak pertama (anak meninggal dlm perut).saya rsa leher saya bengkak dan doc tak nak check. katanya takde apa2. ok, kita pesakit tairod kena tegas utk diri kita..

majoriti doc tak ambil serius pasal tairod.sedangkan tairod adalah ibu kepada semua penyakit. kena berkeras.dan saya berjaya buat test darah. kalau nak cepat anda boleh ke klinik swasta buat test TFT ( thyroid function test) @ di pathlab. bayaran dalam rm70-80 dapat result dalam 3-4 hari sahaja.berbanding klinik 1bulan - 2 bulan result.

jika anda merancang untuk hamil, seeloknya anda pastikan dulu hormon tairod anda stabil. jika tidak, anda mungkin keguguran kerana hormon tairod menggangu. sila consult dengan doctor jika perlu doc akan tukar ubat carbimazole kepada ptu (bagi pesakit hyperthyroid).

tairod tidak menggangu kesuburan anda tetapi tairod boleh mengganggu kandungan ( boleh sebabkan keguguran ) anda, jika hormon anda tinggi/ terlalu rendah.sebab tu saya nasihatkan anda stabilkan dulu hormon.baru lah get pregnant. ok..


rakan2 group tairod dan anda subur.sampai kena pakai alat perancang dll. saya sendiri doc suruh ambik pil perancang...tp sy tak nak.ckup lah natural protection.. ada yg pesakit bekas kanser tairod pn subur...jd anda jangan risau lah susah nk hamil ke...kita sebnarnya subur dan insyAllah takde masalah itu.cuma berserah pada Allah s.w.t. itu semua rahsia Nya.... sapa kita nak persoal kerja Dia. sabar dan usaha ye.

saya sendiri dua kali hamil. Alhamdullilah.lepas pantang anak pertama, 2 bulan kosong, terus lekat.alhamdullilah... cuma anak sy lahir premature. sb masalah rahim saya lemah.itu semua rezeki dan ujian Allah.kami redha...yes...just be positive.. 

ada jugak salahkan keturunan.ada kes baby kena hypotairoid seawal beberapa hari di lahirkan.dan ibu mereka bebas tairod.malah tak ada ahli keluarga mereka pn kena tairod.ini semua rezeki Allah...kita insan terpilih..

korang jgn tension tau. pesakit tairod memang ada problem fikir sesuatu dengan sgt mendalam..kalah polis CSI.hiihi

kongsi lah masalah anda kt komen bawah ni, atau pun dapatkan sokongan lebih add facebook group Tairod dan Anda. anda tak keseorangan..hanya pesakit tairod je faham masalah pesakit tairod.

tip pregnant bagi pesakit thyroid/tairod:
1. stabilkan hormon tairod
2. minta nasihat doc (dari segi ubat dan ambil asid folic 3bulan sebelum plan nak pregnant)
3. bila dah pregnant, cepat2 buka buku pink. kena selalu jumpa doc. 



Friday, June 19, 2015

Resepi Rahsia pizza gebu gebass

Assalamualaikum w.b.t. salam ramadhan

Hari ni puasa ke 2 kita...camne u olls ok tak? semalam sempat lah saya buat pizza ala2 domino @ pizza huts.

untuk firstimer mcm saya insyAllah akan berjaya buat pizza ni. Menurut komentar di blog kak azie, resepi ini adalah yang terbaik sepanjang 10 tahun lebih beliau membuat pizza..jadi hati terdetik nak mencuba. tq kak azie kongsi resepi di blog beliau. memang semua sedap resepi dikongsi beliau.

ok rahsia pizza gebu gebas ni, korang ikut je resepi di bawah tu...dan korang kena sukat bahan2 dengan betul ye.cara - cara sukatan betul ada di bawah.ok, here we go,

untuk sukatan, saya guna table ini:
jika resepi nya guna 1cup, jadi saya sukat dalam mililiter. 1cup=237ml. kenapa saya buat camtu ? sb saya takde cawan sukatan standart ni :
dan 
ini pun saya takde: 
jadi saya pakai sudu teh biasa je..agak2 je.. dan

anda takboleh pakai cawan ni.kebarangkalian nak jd memang tipis


jadi saya pakai bekas air yang ada sukatan mililiter..contoh pic from google



saya guna bekas camni lah..sukat 1cwan gandum =237mililiter. refer table katas ye.


Jom...ini resepi pizza gebu gebas

bahan-bahan
oleh: Azie Kitchen

1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
sedikit olive oil (lumur)

dan cara-caranya ada ditunjuk secara bergambar di SINI .

hasil pizza saya
doh baru siap

masak ayam cincang

saya guna chese chesdale...sebab ni je ada dlm peti.huhu.agak muak chese ni.. korang pakai la mozarella n cheddar...boleh tarik panjang gituuu chesenyerr..


tarrraaa hasilnya...bakar dlm oven 10-15 min jer..

Appapun...kami laki bini makan pizza ni jer masa berbuka...alhamdullilahhhh....sedap..
tq kak azie share resepi..mmg meletopss..

byeeee u olss..

update: doh yang saya buat tu ada lagi berbaki separuh. jadi saya simpan dalam peti sejuk. hari ke 3 saya konon nak makan pizza lagi,dah siap bakar,,,rupanya doh dah rosak.tak masak pun.. harini 23/6/15 plan nak buat lagi pizza gebu gebass ni.