Setiap kali mengandung, saya antara org yang selalu ada discharge ala-ala darah. sapa yang tak takut oiii. ada setengah org cakap penghabisan darah haid.org cakap biasa je.tapi bg saya, tak semudah tu nak buat tak tau.
kehamilan ke 3 saya ni detect seawal 3-4 minggu. buat upt. masuk je 5-6 minggu ada la keluar darah2 ni. oh ya, saya buka buku baby pink seawal 4minggu di klinik salak, sepang. sejarah saya penah melahirkan baby pramatang dan ada thyroid (so far hormon normal alhamdullilah) sepatutnya kena refer ke hospital putrajaya.
saya ke klinik salak, dan scan baby belum nampak lagi. doc buat speculum sb nak swap sampel tu. doc ckp tu keputihan je. malangnya doc lupa.sampel hanya di collect ke hospital hri rabu petang je. maka sia2 la usaha ku haritu.takpe. magrib tu keluar darah agak merah. cepat2 ke poliklinik najihah malam tu. doc cakap kenapa buat speculum awal2 ni, bahaya.
2minggu lepas tu, saya ke hospital dgn surat refer swasta. korang kena tau yang hosp putrajaya ni, pelik. ko bawak surat referral swasta, maka cas-cas nanti pun ikut swasta. masa kat kaunter pendaftaran tu akan terangkan. masa daftar saya kena rm30. tp jika ko bawak surat dari klinik gov, bayar daftar rm5 je. so, make sure, masa nak book tarikh opoimen dgn klinik pakar, guna surat gov ye. bukan nak berkira, tp bende ada murah..baik murah kan...
so masuk jumpa doc HPJ bgtau saya kena buat cervical cerclage nanti 14 minggu. saya terkezzut weiii..habis lost dlm kepala ni. memang last pregnancy doc pakar ckp kena buat cerclage.tp saya ingat xyah buat kot.im ok. rupanya, bila ukur cervix length pun pendek 2.5 cm je. kalau org normal 3cm keatas kata doc. baby dah ada heart beat @ 7wk ++. doc scan TVS (ikut vagina). Alhamdullilah. doc dan nurse mmg baik di HPj ni.
so kat sini saya nak bagitau:
1) sapa-sapa yang pernah keguguran (tak kesah baby meninggal sb jangkitan kuman ke etc) semasa second dan third trimester, sila minta doc scan panjang servix anda utk next pregnancy (seeloknya lebih 1x la buat di swasta) .mcm saya, masa anak pertama keluar, puas doc pikir kenapa jd camni.last2 bgtau sy kena infection.
2) jika anda selalu berdarah semasa awal kehamilan.
3) ada sejarah kelahiran pramatang
kes di atas ni kemungkinan anda ada masalah pangkal rahim lemah.maksudnya bila baby besar, baby akn nak keluar. kena buar cervical cerclage la.tapi korang jangan takut...korang mungkin kes tak sama dgn saya.tp harus berjaga-jaga.
saya bgtau pengalaman sy yang buntu cari 'kenapa jadi camni' supaya anda jgn terlambat buat tindakan..cegah seblum problem dtg.