Popular Posts

Thursday, September 10, 2015

barang tercicir di airport- kaunter lost and found KLIA2

selamat petang

sabtu lepas 5hb september saya ke penang ala2 berhoneymoon..haha. tetiba masa odw ke penang dalam flight, tak jumpa jam ku...

puas pikir,agaknya tercicir semasa pemeriksaan beg masa nak masuk tu...sb beg aku lupa zip nok!!

makanya, sampai je di KLIA2 7hb sept, saya bertanya adik2 manis polis bantuan. Diorang dapatkan no. report dan sah jam saya memang tercicir.

info mengenai kaunter lost and found klia2, ada dua bahagian 1) terminal punya 2) airlines punya. kaunter ni letak nya di level 3. berdekatan dengan kedai royal selangor. tanya je, kat kaunter infomation yang sedia membantu..setiap level ada kaunter infomation tu.lastly jumpa
Ni lah kaunter lost and found terminal punya.

banyak lagi barang yg lost..hihi..

lepas borang skeping sebagai tanda kita dah ambil barang tu...ok siap!. 

syukur masih ada rejeki ku.... orang airport ni baik2 smuanya..tq all.

harap info ni membantu korang yang hilang barang di airport ye..