Popular Posts

Saturday, August 27, 2016

update kandungan

Assalamualaikum

harini saje nak update kandungan saya yang nak masuk 26minggu. Alhamdullilah syukur pada Allah. memudahkan segala urusan kami suami isteri.

saya ada menerima permintaan untuk update kandungan saya. insyAllah saya akan cerita.

sbelum ni, saya ada bercerita mengenai pangkal rahim saya yg lemah dan kena buat cervical cerclage di hosp putrajaya. masa tu kandungan 3bulan setengah. Allah saja tahu perasaan takut, trauma masa tu. di sebabkan history kandungan sebelum ni.

selepas beberapa bulan buat cerclage ni, so far banyak sangat perubahan. rasa lebih selamat, rasa semua ok. lepas buat tu, rasa sakit hanyalah 1mggu pertama sahaja. darah yang keluar 3-4 hari juga. itu normal. dan rasa tak selesa pada bawah tu, 1bulan ke sbulan stengah baru hilang. kalau tak, nak duduk pun rasa perit je. naik kereta pun tak selesa. so far Alhamdullilah boleh drive sendiri tapi paling lama 1jam je. sb tak larat.huhu.pastu siap boleh masak, jalan2 kt shoping mall.tapi jangan la jalan berejam ko tak reti nak duduk.hahah.. jgn cari pasal ok.

tips kat bawah untuk sis-sis yg akan buat cerclage:

1) banyakkan baca robbi yassir wala tu assir ya karim. (ya Allah permudahkanlah urusan ku, jangan di sulitkan). baca ulang sampai pembedahan cervical cerclage siap.

2) jaga makan. malangnya pada hari operation tu saya terkena sakit perut sb minum air susu kotak dutch lady tu..minum taknak bg lapar.rupanya dia pelawas je sbenarnye. bila dh di letak atas meja operation sy masih request nk ke tandas.tak tahan. kan tak pasal bila cucuk bius berak kt situ.sian la kt nurse.

3)  boleh naik tangga. lepas cerclage, sehari lepas tu dah boleh balik.rumah saya 2nd floor.so naik tu slow2, korang naik 1tangga tu mcm budak kecik baru blajar naik tangga (1tangga letak 2 kaki,then move next anak tangga). tu untuk kurangkan stress pd perut dan jahitan kita. camtu la naik tangga sampai bsalin.

4) tak boleh bersama suami. blog org puteh cakap, kalau bersama pun, si suami akan rasa benang tu.eieie..takut dgr kan. sabar lah utk beberapa bulan ni.tapi my fren, 2nd baby ada bsama suami. but kena slow sgt2. pd saya sape yang first time cerclage tu takyah amik risiko ok, jaga baik2 cerclage tu.

5) naik keta kena slow2. mintak suami drive belah lane kiri je la... jgn ada hentakkan kuat.bahaya nokksss.

6) tak boleh berdiri lama. masa masak tu, sedia krusi..hari ke 4 saya dah masuk dapur masak.masa tu semua buat keje duduk.kebetulan masa tu bulan puasa. basuh pinggan smua tu serah pd suami.

7) jgn nak angkat benda berat lebih 2kg. kuali berat mcm tefal tu, magic pan happy call, lesung batu.even pinggan berisi mknan pun sy tak angkat.last2 sy pakai pinggan plastik je...lebih slamat.ringan. termasuk baby.

8) jgn cangkung.

tu saje lah tips dari saya. skrg ni sy banyak juga kluar jalan2. tapi parking kena dekat dan bykkan duduk. pandai2 la ejas. kalau ada apa2 pertanyaan boleh email di wifeyiman77@gmail.com. will respon asap.tq.. semoga semuanya diberi kesihatan yg baik dan dapat bby yg comel.


update 23/9/16
harini dah 29minggu 4hari. baby gerak alhamdullilah.cuma masuk je 28minggu, sakit kat bahagian bwh tu. kalau bangun tidur, atau dari baring nk bjalan.ntah ler knape. sy syak baby dh makin berat.so, dia mcm menekan ke pintu rahim...bila berdiri rasa something je kt situ... doc nasihatkan banyakkan rehat dan keluar bila sgt2 perlu.

nampak gayanya, saya kena pantang mcm awal2 buat cerclage dulu..huhu. syukur pd Allah...barang bby dah lengkap..

lepasni nak kena bsedia la..oh ya..semalam saya pergi buat scan 4d. ohhh so suweet my baby.hihi

update 5/11/16 - sabtu
esok ahad, maka kandungan sy dah berusia 36minggu. so far alhamdullilah... cuma bila masuk 29 wk, sy sakit kelankang.perut rasa berat. nak jalan nak pusing masa tdo sakit sangat.

2-3 hari lepas sy mengalami sakit perut sebelah kanan.tempat bby pusing2 tu. 2x mcm sakit contraction.terus sy ke labour room hosp putrajaya. check punya check... allamdullilah semua ok.bleh balik... terima kasih staff labour room hpj. terutamanya Dr seri. tak sempat nak ucap terima kasih. hanya Allah yg dpt mbalas jasa baik kalian. sy mmg puas hati dgn service hosp putrajaya xpernah kecewakan sy. walaupun dgr ramai yg xpuas hati...

next week lg 5hari nak remove cerclage ni.seram sgt.ntah ape la rasa masa tu.doakan sy ye..


1 comment:

  1. Assalamualaikum , sy nak Tanya Ada pantang larang makanan Tak lps melakukan cervical cerclage?

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak anda :)