Popular Posts

Friday, November 27, 2015

Review smart watch ~ Pengalaman

Minggu lepas saya beli jam melalui groupon. alhamdullilah, 7hari lepas tu sampai. ini la contohnya (pic kat atas tu).  bateri nya tahan 3hari. walaupun dia bgtau 48jam je. nak call dan sms, kena on bluetooth dari phone android anda. agak leceh sbenarnya..tapi ok lah.Harga di groupon Rm69 je. so far kami berpuas hati. cara guna ,korang boleh search di youtube.

tapi korang tau kan yang jam jenis bluetooth ni tak boleh masuk simkad. semua fungsi call, no phone kena on dengan bluetooth baru berfungi.

kami ada tengok jam ni yang jenis masuk simkad tu..mahal nau nau yerr..

oklah..bai.

Review shimono vacuum cleaner

Assalamualaikum.

saya nak bercerita berkenaan vacuum cleaner shimono dari go shop. ini percubaan pertama saya beli barang dari go shop. Alhamdullilah.mudah je nak beli.masuk ke website go shop dan register. step amat mudah. kemudian tunggu sms bagitau barang sedang dihantar. hari ke3, barang dah sampai...oh ye, ini barangnya





debu dan habuk kat situ

habuk macam nak keluar.tp xkeluar pun.kihkih


berkenaan review dari pengguna di go shop, ramai yang cakap mudah panas. secara logiknya memang panas sb tempat pegang tu kan motor nya.vacuum biasa pun panas.tp vacuum shimono ni bagi saya biasa je.xde panas pun..1 rumah say vacuum..alhamdullilah ok..suam2 je...

bab berat. ia lenguh sikit je la..sb tempat pemegang shimono ni skali dengan motor kan..boleh exercise lengan... :p

kuasa serapan nya. Alhamdullilah bersih..bg sy memang kuat utk sedut habuk2, rambut.cukup bermanfaat untuk kami. 

jimat ruang. memang bagus sb kami ni duk rumah apartment.vacuum.ni ckup sesuai utk kami. Alhamdullilah...

ok bhai. opss rege nye rm199.

update 6/4/16: vacuum shimino masih tiptop fungsi dia. alhamdullillah bersih rumah..

tips: korang vacuum tu jangan sampai habuk terkumpul penuh.kena buang dan berus2 filter tu, baru lagi power suction nye. saya guna berus ikea rm1.50 tu.

Monday, October 19, 2015

Bercuti di Penang 2015 : TIPS JIMAT


Percutian bajet di Penang 2015 (UPDATE 15 DECEMBER 2015)

3 bulan lepas kami suami isteri telah bercuti di pulau pinang. syiookk ooo.. kami bercuti secara jimat dan ala- ala backpackers.

kami ke sana menaiki flight Air asia. hotel dan tiket kami booking secara online. ok...kali ni saya nak cerita cara percutian bajet. bukan kedekut tau...tapi kita cut cost mana yang patut. 

Di penang korang naik je bas ke mana2 destinasi korang nak tuju. cuba la, anda akan rasa betul2 melancong. murah dan boleh nikmati pemandangan di penang. jika korang stay di grand inn jalan penang, ini panduan untuk anda.



DAY 1 (5 sept 2015)

1. Sabtu malam sampai : airport penang ke hotel naik teksi = RM 44.70 / teksi

2. Hotel grand Inn (penang road) untuk 3H2D = RM 68.35 (DOUBLE DECKER) semalam + RM 73.31 (DOUBLE BED) semalam + RM4 (Charge heritage) . view hotel melalui streetview KLIK SINI  supaya nampak gambaran sekitar di sana.seperti tempat makan dan lain2. memang amat membantu kami firstimer ni.

p/s: jangan risau kedai makan memang banyak di sekitar hotel ni. termasuk nasi kandar line clear depan hotel je. sup hameed jalan sikit je.



untuk Day 1 terpaksa disini, sebab dah sold out yg lain. single tapi agak besar

bilik ni tak bising pun. ramai yang cakap bising sebab mengadap jalan.tapi tak bising pun...

Day 2 baru di sini..best.besar je bilik. aircond pun sejuk jerr



DAY 2 (6 Sept 2015)

Penang Hill 

kami keluar agak pagi.sarapan di bilik je. korang bawak la stok makanan mcm jajan,roti, air kotak dll buh je dalam beg galas bawak ke penang hill.



nak ke sana, Naik bas U204 di stesen rapid bas No8 (LEBUH CAMPBELL) di depan 7E. keluar hotel, jalan ke kanan jer...sampai nampak stesen bas sebelah kiri.

Tambang RM2/PERSON. Bas ni khas ke penang Hill. so jangan takut sesat. last stesen dia akan stop di Penang Hill. then dia kan U-Turn balik. perjalanan ke penang hill ambil masa 30-40min.

ni stesen di depan hotel grand inn. pic gugel


RATE PENANG HILL :
RM10/ ADULT,
RM5/STUDENT, dan
RM3 FROM 6.30AM-9AM dan 7PM-10.30PM.

kami naik buggy car di sana. RM30/car. boleh share je dengan couple lain. baru jimat. ala tanya je couple lain..takyah malu2. tapi naik berdua lebih privacy.kihkihkih. udara kat sini nyaman sangat2. tenang je.


pic all from gugel


balik, kami naik bas U204 jgk. terus lajak ke jeti . Tambang RM1.20 sorang jarak 15minit. masa pergi georgetown free, dan balik je kena charge . kami ke sana sebab nak naik feri je.. beli makanan sana yang murah2 jer. dan balik. kalau korang tak larat ada free van shuttle disediakan.cari la ye. memang jauh sangat dari jeti ke tempat bas express tu. jangan main2 kalau korang bawa org tua, budak kecik dan ibu mengandung. Hazab weiiii... naik turun tangga yang banyak.

feri


Time dah sampai penang, kami naik bas free CAT ( free shuttle) di pengkalan weld dan turun di lebuh campbell N0 8 (stesen yang sama masa naik tu).free je naik. terus sampai hotel.


DAY 3 ( 7SEPT 2015)

Kami nak ke Muzium 3D art muzium (Rm15/person, RM10/student) . kami berjalan kaki je tau..sebab nak cari street art tu. masa di airport/hotel tu ambik pemplet ye..kat situ detail lokasi street art. senang je cari. semua dah jumpa street art tu, kami terus ke muzium trick art ni.

muzium trick art 


Tips: bawak pendrive ye, masa di muzium 3D art tu boleh save softcopy pic kita.dan pergi lah time bukan cuti skolah. sebab kami pergi haritu hanya kami berdua je.staff dia yang ajar cara ambik gambar dan jd fotografer kami.

gambar diorang offer RM50 tau!

balik ke hotel kami naik bas CAT  di station 18 or 17 di padang kota lama. (keluar je muzium tu, belok kiri terus sampai jalan besar, belok kiri jalan terus sampai jumpa stesen bas.naik bas CAT ni free.dan turun lah bila dah sampai di hotel (di stesen No8).

dari hotel (stesen no. 8) ke airport naik bas CAT turun di KOMTAR dan ambik bas 102 tambang RM3/person

Total RM untuk 3hari2 malam = RM 598.81 untuk 2 orang all in.

TIPS JIMAT:
1.  booking melalui expedia.com @ hotel.com. korang boleh compare harga melalui TRIPADVISOR . korang kena buka juga website hotel yang di aim tu..untuk compare harga murah. biasanya rate lagi murah di online. Grand inn jalan penang (pastikan di jalan penang ye, hotel ni ada 2 buah di penang) . ni hotel terbaik saya rasa di penang. recommended.

2. Naik bas dari airport ke hotel. bas yang boleh naik :
    BUS 401 (START 5.45 AM-10PM every 30 min) RM2-3
    BUS 401E (START 5.30 AM-10.30PM every 25min)
    BUS 102 (START 6 AM-11PM every 60-80min. LAST TRAVEL 11.15PM) RM2.70/person )

 for more info pasal bas KLIK DISINI . kalau korang sampai agak malam, baik naik teksi ye.takut sesat dan keselamatan. yang penting rancang perjalanan anda.

3. bawa pendrive ambik softcopy pic di muzium 3D art tu.

4. Share buggy car di penang hill

5.Beli tiket awal di penang hill dan pagi best sangat.tak panas.nyaman udara.

6. kalau student tu, bawak ye kad student. tak kira umur berapa. dah tua pun kalau ada kad pelajar..on jerrr

7. kalo geng anda suka makan, bawak siap2 jajan dan roti.senang.lapor je terus ngap.

p/s: ambil lah peluang makan yang best di penang spt nasi kandar, pasembour, sup hameed, mee sotong dan yg femes lain lah.

rasanya setakat ini je tips yang tak seberapa dari saya. kalau korang ada lagi, tambah la ye kt komen.. jangan malu jangan segan.


Sunday, October 18, 2015

Scan 3D murah 2015

Assalamualaikum

Beberapa hari lepas saya berkesempatan ke klinik untuk scan rahim saya. ye lah, sebagai persediaan untuk kehamilan ketiga. untuk makluman, saya pernah melahirkan bayi semasa kandungan 18 minggu dan 26minggu++. Doc ada tulis di buku pink, rahim saya retroveted iaitu terbalik. saya cukup takut semasa dalam pantang. hari ke 20 pantang saya ada temujanji dengan doc haslina, pakar O&G putrajaya. saya tanya betul2 pasal retroveted tu. rupanya Doc yang merawat saya tersilap tulis.. hangin juga saya.boleh dia silap camtu..

Balik kampung kali ni, saya ke Klinik Dr nazri di jerteh. Dr Nazri memang feberet saya. baik Dr Nazri ni. scan punye scan...ok siap.alhamdullilah rahim antiverted. maksudnya normal. Dr siap scan 3D. saya bajet dlm RM80 camtu.. masa bayar harga bawah RM40 (sebab rahim saya 'kosong'). saya doakan Dr nazri terus maju..dan murah rezeki. consultation yang diberikan amat jelas sekali. sebelum ni,saya ada scan baby saya siap ukuran semua sekali ubat dan lain-lain Rm 70-80 kot. bagi saya murah dan berkualiti di sini berbanding d KL RM100-150++ NOKSSS. tak kuasa makkk...

P/s: kalau korang nak pegi tu..sila g awal ye. berebut-rebut orang masa nak masuk tu..sampaikan ada jantan mana ntah langgar perut saya masa nak scan baby ke2 saya. rasa nak tampar jer.. nasib lah tak berebut pun kena jugak...





Alamat Klinik Dr Nazri, 
PT 951 Taman D'Jaya, Jalan Besar Kg. Mak Sara, Jerteh, Terengganu

no fon :03-9212 1166 ext: 86523

Operation Hours :Saturday - Thursday9.00 am - 10.00 pm Friday8.00 pm - 10.00 pm

Thursday, September 10, 2015

barang tercicir di airport- kaunter lost and found KLIA2

selamat petang

sabtu lepas 5hb september saya ke penang ala2 berhoneymoon..haha. tetiba masa odw ke penang dalam flight, tak jumpa jam ku...

puas pikir,agaknya tercicir semasa pemeriksaan beg masa nak masuk tu...sb beg aku lupa zip nok!!

makanya, sampai je di KLIA2 7hb sept, saya bertanya adik2 manis polis bantuan. Diorang dapatkan no. report dan sah jam saya memang tercicir.

info mengenai kaunter lost and found klia2, ada dua bahagian 1) terminal punya 2) airlines punya. kaunter ni letak nya di level 3. berdekatan dengan kedai royal selangor. tanya je, kat kaunter infomation yang sedia membantu..setiap level ada kaunter infomation tu.lastly jumpa
Ni lah kaunter lost and found terminal punya.

banyak lagi barang yg lost..hihi..

lepas borang skeping sebagai tanda kita dah ambil barang tu...ok siap!. 

syukur masih ada rejeki ku.... orang airport ni baik2 smuanya..tq all.

harap info ni membantu korang yang hilang barang di airport ye..




Tuesday, August 11, 2015

Bercuti di Vistana Hotel Penang

Baru-baru ini kami suami isteri bercuti dan menghadiri seminar di Vistana Hotel bukit Jambul, Penang (rm252/ night). itu kali pertama kami ke Penang.

Kami menaiki penerbangan Airasia dari KLIA2 pukul 7.25pagi. Alhamdullilah sampai je di Airport Penang, kami menjamu selera bekal nasi Lemak saya masak malam tu. seronok. Kemudian kami ambil teksi ,harga rm31.80 ke hotel Vistana..(tiket beli di kaunter teksi kt luar airport tu).

kami akan check in pukul3 ptg.mak aii lama nak tunggu oiii.... seminar yang kami hadiri tu kat hotel vistana jgk. almaklum lah pkul 3.30pg lagi bangun bersiap, kami tak rest lagi..pkul 12 tgh hari kami dah penat sangat..mintak check in awal... katanya ada bilik katil single double je. 

pkul 1 lebih kami tanya lagi boleh check in tak...kata org kaunter, bilik tak ready lagi. di suruh pula kami berseminar dulu.kami penat oii..bagi kami, teruk betul vistana hotel set time check in 3 petang. hotel lain max 2 ptg check in...fikir-fikir kan lah time tu tak sesuai wahai management Vistana Hotel.@ bagi lah kelonggaran kat kami ni yg muka penat sesangaattt....

bagi backpacker/ solo traveller,@ yang takde kereta ke penang, anda di larang duduk d hotel vistana ni.ya ampun, jauh dari segala2 nya...takde attraction place with walking distance. yang ada, nasi kandar kayu je...

Makanan kt vistana hotel sedap...itu ada pujian.ok dah letih membebel... next week kami nak ke georgetown. kalau ada kawan2 blog tau hotel mana yang boleh ke attraction place with walking distance je, share lah...let me know.. ada terbaca, hotel cititel ( mahal la pulak ye dak) dan towne house hotel ( katanya tak berapa elok). komen la sikit u ollsss.. picture from gugel.





selesa sangat katil.tapi bilik air berbau sikit..n tak wangi...k bye.

p/s: kami pegi penang lagi bulan depan tu. kami stay di hotel grand inn jln penang. terbaik yu olss..semua walking distance je..



Tuesday, June 23, 2015

Chicken Mandy Rice terbaikkk

Assalamualaikum,

Semalam kerajinan melanda diriku. duk mengidam pulak nak makan nasi arab di cyberjaya tu. berbuka puasa kat luar bukan lah kegemaran kami.agak susah nak solat. berebut-rebut gituww.. di rumah lah best.jadi masak-masak pun kena lah best..

Duk godek2 resepi di blog kak Azie Kitchen, ternampak lah nasi mandy ayam. terus lah saya mencuba. agak tak yakin dengan diri ni, boleh ke buat, nasi hujan panas pun tak pernah buat.. pttfffft. hihi. melihat komentar di blog kak azie, rata-rata bagitau senang je. ehh ye ke?? Yes memang mudah dan cepat masak nasi mandy ni.rugi tak cuba


beras saya guna:
best beras ni. RM22.90 di speedmart 99. cara masak ada kat belakang plastik. masuk air lebih pun takpe. tak lembik

maka.. saya pun mencuba. saya masak untuk 2 orang makan dan makan memang puas hati banyak.hiihi.. resepi asal di SINI - AZIE KITCHEN

Chicken Mandy Rice
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
2 cawan beras basmathi 
kurang 1/2 cawan minyak zaitun  
1 labu bawang besar - potong dadu 
2 1/2 ulas bawang putih - mayang 
kurang 1/2 cm kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
1 biji buah pelaga 
3 tangkai bunga cengkih 
1 helai daun bay (tak letak- tak jumpa kat kedai)
3 helai daun pandan
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara (tak letak - arang takde)

Bahan B 
1/2 ekor ayam di potong 8
1/2 cm halia 
kurang 1 sudu teh serbuk ketumbar -agak2 ye
kurang 1 sudu teh serbuk jintan manis  -agak2 ye
kurang 1 sudu teh serbuk jintan putih  -agak2 ye
kurang 1 sudu teh serbuk kunyit  -agak2 ye
kurang 1 sudu teh serbuk lada hitam  -agak2 ye
1 helai daun salam (tak letak- takde)
1 sudu makan minyak masak 
1 liter air (agak2 ayam tenggelam) 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara cara
1. Kesemua bahan bahan B dididihkan di dalam periuk sehingga ayam masak. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam ini dengan minyak. Manakala air rebusannya disimpan utk memasak nasi. Ketepikan. 

2.Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 3 helai daun pandan sehingga naik bau.

3. Masukkan beras dan goreng seketika. Curahkan 5 cawan air rebusan ayam tadi. Pindahkan ke dalam rice cooker

4. Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan ayam di dalam nasi- supaya ayam lembut sebati dalam nasi.

5. Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa. saya tambah sos salatah.


Bahan bahan salsa
2 biji buah tomato - potong dadu 
1 batang timun dibuang biji - potong dadu 
1 labu bawang besar - potong dadu 
2 tangkai cili merah - dimayang halus 
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus 
1 biji lemon diperah ambil jusnya 
1 sudu makan minyak zaitun 
Garam  
Gula 

Cara cara 
Campurkan kesemua bahan2 di atas. Gaul mesra di salam satu mangkuk. Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandy.

Bahan bahan sos salatoh
sumber : DAPUR MAMASYA
tomato -2 biji
cili hijau besar- 1 biji
cili merah besar - 1 biji 
cili padi- 3 biji
bawang putih- 2 ulas
garam, gula sikit, air pastu blender semua ni. ikut kepedasan masing-masing ye.


hasilnya:




terima kasih sumber resepi azie kitchen dan mamasya.semoga anda diberikan kesihatan yang baik..aminn.


Saturday, June 20, 2015

Pesakit Tirod dan kehamilan

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi mengenai tairod dan kehamilan.. saya salah seorang pesakit subklinikal hypertairod.  dan saya selalu membaca luahan hati kawan2 di group fb Tairod dan Anda. anda boleh search fb 'Tairod dan anda'. group tu private.nt admin akan approve. anda boleh baca banyak ilmu dari SINI. kak pah ni, founder fb tairod dan anda. kat group fb tu anda kongsi lah pengalaman anda, dan perasaan anda...ramai yg akan support anda.

ok berbalik pada tajuk. well, saya di sahkan dapat tairod lepas pantang anak pertama (anak meninggal dlm perut).saya rsa leher saya bengkak dan doc tak nak check. katanya takde apa2. ok, kita pesakit tairod kena tegas utk diri kita..

majoriti doc tak ambil serius pasal tairod.sedangkan tairod adalah ibu kepada semua penyakit. kena berkeras.dan saya berjaya buat test darah. kalau nak cepat anda boleh ke klinik swasta buat test TFT ( thyroid function test) @ di pathlab. bayaran dalam rm70-80 dapat result dalam 3-4 hari sahaja.berbanding klinik 1bulan - 2 bulan result.

jika anda merancang untuk hamil, seeloknya anda pastikan dulu hormon tairod anda stabil. jika tidak, anda mungkin keguguran kerana hormon tairod menggangu. sila consult dengan doctor jika perlu doc akan tukar ubat carbimazole kepada ptu (bagi pesakit hyperthyroid).

tairod tidak menggangu kesuburan anda tetapi tairod boleh mengganggu kandungan ( boleh sebabkan keguguran ) anda, jika hormon anda tinggi/ terlalu rendah.sebab tu saya nasihatkan anda stabilkan dulu hormon.baru lah get pregnant. ok..


rakan2 group tairod dan anda subur.sampai kena pakai alat perancang dll. saya sendiri doc suruh ambik pil perancang...tp sy tak nak.ckup lah natural protection.. ada yg pesakit bekas kanser tairod pn subur...jd anda jangan risau lah susah nk hamil ke...kita sebnarnya subur dan insyAllah takde masalah itu.cuma berserah pada Allah s.w.t. itu semua rahsia Nya.... sapa kita nak persoal kerja Dia. sabar dan usaha ye.

saya sendiri dua kali hamil. Alhamdullilah.lepas pantang anak pertama, 2 bulan kosong, terus lekat.alhamdullilah... cuma anak sy lahir premature. sb masalah rahim saya lemah.itu semua rezeki dan ujian Allah.kami redha...yes...just be positive.. 

ada jugak salahkan keturunan.ada kes baby kena hypotairoid seawal beberapa hari di lahirkan.dan ibu mereka bebas tairod.malah tak ada ahli keluarga mereka pn kena tairod.ini semua rezeki Allah...kita insan terpilih..

korang jgn tension tau. pesakit tairod memang ada problem fikir sesuatu dengan sgt mendalam..kalah polis CSI.hiihi

kongsi lah masalah anda kt komen bawah ni, atau pun dapatkan sokongan lebih add facebook group Tairod dan Anda. anda tak keseorangan..hanya pesakit tairod je faham masalah pesakit tairod.

tip pregnant bagi pesakit thyroid/tairod:
1. stabilkan hormon tairod
2. minta nasihat doc (dari segi ubat dan ambil asid folic 3bulan sebelum plan nak pregnant)
3. bila dah pregnant, cepat2 buka buku pink. kena selalu jumpa doc. 



Friday, June 19, 2015

Resepi Rahsia pizza gebu gebass

Assalamualaikum w.b.t. salam ramadhan

Hari ni puasa ke 2 kita...camne u olls ok tak? semalam sempat lah saya buat pizza ala2 domino @ pizza huts.

untuk firstimer mcm saya insyAllah akan berjaya buat pizza ni. Menurut komentar di blog kak azie, resepi ini adalah yang terbaik sepanjang 10 tahun lebih beliau membuat pizza..jadi hati terdetik nak mencuba. tq kak azie kongsi resepi di blog beliau. memang semua sedap resepi dikongsi beliau.

ok rahsia pizza gebu gebas ni, korang ikut je resepi di bawah tu...dan korang kena sukat bahan2 dengan betul ye.cara - cara sukatan betul ada di bawah.ok, here we go,

untuk sukatan, saya guna table ini:
jika resepi nya guna 1cup, jadi saya sukat dalam mililiter. 1cup=237ml. kenapa saya buat camtu ? sb saya takde cawan sukatan standart ni :
dan 
ini pun saya takde: 
jadi saya pakai sudu teh biasa je..agak2 je.. dan

anda takboleh pakai cawan ni.kebarangkalian nak jd memang tipis


jadi saya pakai bekas air yang ada sukatan mililiter..contoh pic from google



saya guna bekas camni lah..sukat 1cwan gandum =237mililiter. refer table katas ye.


Jom...ini resepi pizza gebu gebas

bahan-bahan
oleh: Azie Kitchen

1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
sedikit olive oil (lumur)

dan cara-caranya ada ditunjuk secara bergambar di SINI .

hasil pizza saya
doh baru siap

masak ayam cincang

saya guna chese chesdale...sebab ni je ada dlm peti.huhu.agak muak chese ni.. korang pakai la mozarella n cheddar...boleh tarik panjang gituuu chesenyerr..


tarrraaa hasilnya...bakar dlm oven 10-15 min jer..

Appapun...kami laki bini makan pizza ni jer masa berbuka...alhamdullilahhhh....sedap..
tq kak azie share resepi..mmg meletopss..

byeeee u olss..

update: doh yang saya buat tu ada lagi berbaki separuh. jadi saya simpan dalam peti sejuk. hari ke 3 saya konon nak makan pizza lagi,dah siap bakar,,,rupanya doh dah rosak.tak masak pun.. harini 23/6/15 plan nak buat lagi pizza gebu gebass ni.

Sunday, May 3, 2015

Gym dan kelas erobik di Nilai - Dream Fitness Nilai , negeri sembilan.

selamat pagi,

harini nak bcerita pasal kelas erobik untuk sesapa yang tinggal area nilai, salak tinggi dan sewaktu dengannya.

Saya join kelas ni, selepas bersalin anak kedua.saya mengalami cepat penat dan lenguh2 badan. tak tau nak buat ape dah, last2 tergerak hati nak masuk kelas erobik.. lama2 saya suka sangat kelas ni dan badan makin sihat cergas.

ok jom tengok pic ni,

 apa2 info korang boleh refer fb page dream fitness nilai

kelas yang paling sy suka..best sgt kak emma uyop ajar..memang terbaik.. 

zumba yang happening

berpeluh tahap gaban kata kawan sy yang join kelas masala.tp saya belum bkesempatan lagi nak join kelas masala

zumba lagi.. :)

ini jadual kelas latest. effective sampai 15june 2015 sahaja. jadual bulan posa lain ye..nanti diorang update kat fb page tu.

ok, untuk korang yang first time nak join gym atau kelas erobik ni, cara2: 

1) korang jangan takut walau tak de kawan nak join..pergi je..jumpa je kawan korang nanti.. buat2 borak lah...cakap korang first time join, tanya la apa2 yang berkaitan...jangan buat bodoh sombong  ye.rugi.

2) boleh pilih nak guna cash atau kad. if kad kena pergi buat di tingkat 1...kena masukkan duit / token rm 100 paling minima. nak share kad pn boleh. kalau malam, office nya buka 8pm.. awal sikit pun still ada orang jaga ofice. then cara guna kad tu korang tanya la orang2 di kaunter. kad tu valid untuk badminton, gym , fitness kelas. yang lain saya tak pasti. 
3) selebihnya, korang tanya adik kaunter ye.. 

p/s: di Airport sport complex ni, ada badminton, gym, fitness kelas ( tingkat 2), karaoke ( tingkat 1) ,bowling ( ground floor).

update april 2016: semua wajib pakai kad dream fitness tu.cash dah tak diterima. strictly. just apply di tingkat 1. ofis berhadapan dengan lif je. 

ok tu saje lah cite saya...jom la bersenam untuk stamina korang...dan kesihatan.


Wednesday, April 29, 2015

Shopping murah - murah di nilai 3

Hujung minggu lepas, kami ke nilai 3 lagi. niat mencari bantal besar dan kecik..maklum lah kami pasangan muda. :) family nak datang..bantal tak berapa nak cukup. :p . jarak salak tinggi ke nilai 3 tak sampai 30 min je kot... sampai je nilai 3, kami terjah je kedai yang jual bantal.malas nak pilih2 and survey u olss.. 

so, kami belanja pic la.. sepanjang kat nilai 3: 
kami pernah beli langsir di kedai ni.1j je siap jahit free plak tu.. cite pasal langsir ada kat blog saya ni..



tak ramai orang sebab weekend biasa je.cuba kalo cuti sekolah.. 


selalu beli tikar rm10 kat sini.pic tikar ada kat bawah.




rombongan cik kiah


tapak projek depan deretan kedai nilai 3

bas rombongan


ni lah hasil shopping kami..ada lagi kat bonet blakang.

toto narita Rm55.ok la kot...tikar tu kami beli kat kedai naem karpet,nilai 3 jgk. rm10 je.tebal n besar.

bantal besar tu dapat Rm55 utk 2biji, yang kecik tu Rm 30 utk 2 biji.. semua isi kekabu. slesa sangat bantal kekabu ni

yang ni sejadah tebal rm30. 

ni belakang sejadah.

itu je lah kot cite harini... nanti ada masa kita g nilai 3 lagi... pada kami..nak kata murah sangat tu takde lah..berpatutan lah harga kat sini. sebab kalo beli toto narita kat rantau panjang,kelantan pun harga camni jugak.. lagi pun dekat je..kami ke nilai 3. pandai2 la cari yang rasa harga xmahal..

hasben penah beli cermin besar camni.harga rm50. yang ni memang murah la...kena pandai tawar rege ye... 

source: gugel . 
cermin murah di nilai 3
saiz saya beli 28 inci (tinggi) x 52 inci (lebar)

update 23/12/15
kami ada beli frame ayat alquran dan nama Allah s.w.t , Muhammad s.a.w. harga yg kami dapat RM40/set sahaja. puas hati sb size agak besar dan glow in the dark lagi...tawar habis-habisan ye. padahal kami laki bini xpandai menawar pun...hihi..


pic pinjam gugel.sb camera hpon ku rusaakkk suda