Popular Posts

Tuesday, June 23, 2015

Chicken Mandy Rice terbaikkk

Assalamualaikum,

Semalam kerajinan melanda diriku. duk mengidam pulak nak makan nasi arab di cyberjaya tu. berbuka puasa kat luar bukan lah kegemaran kami.agak susah nak solat. berebut-rebut gituww.. di rumah lah best.jadi masak-masak pun kena lah best..

Duk godek2 resepi di blog kak Azie Kitchen, ternampak lah nasi mandy ayam. terus lah saya mencuba. agak tak yakin dengan diri ni, boleh ke buat, nasi hujan panas pun tak pernah buat.. pttfffft. hihi. melihat komentar di blog kak azie, rata-rata bagitau senang je. ehh ye ke?? Yes memang mudah dan cepat masak nasi mandy ni.rugi tak cuba


beras saya guna:
best beras ni. RM22.90 di speedmart 99. cara masak ada kat belakang plastik. masuk air lebih pun takpe. tak lembik

maka.. saya pun mencuba. saya masak untuk 2 orang makan dan makan memang puas hati banyak.hiihi.. resepi asal di SINI - AZIE KITCHEN

Chicken Mandy Rice
Oleh: Azie Kitchen

Bahan A
2 cawan beras basmathi 
kurang 1/2 cawan minyak zaitun  
1 labu bawang besar - potong dadu 
2 1/2 ulas bawang putih - mayang 
kurang 1/2 cm kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang 
1 biji buah pelaga 
3 tangkai bunga cengkih 
1 helai daun bay (tak letak- tak jumpa kat kedai)
3 helai daun pandan
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara (tak letak - arang takde)

Bahan B 
1/2 ekor ayam di potong 8
1/2 cm halia 
kurang 1 sudu teh serbuk ketumbar -agak2 ye
kurang 1 sudu teh serbuk jintan manis  -agak2 ye
kurang 1 sudu teh serbuk jintan putih  -agak2 ye
kurang 1 sudu teh serbuk kunyit  -agak2 ye
kurang 1 sudu teh serbuk lada hitam  -agak2 ye
1 helai daun salam (tak letak- takde)
1 sudu makan minyak masak 
1 liter air (agak2 ayam tenggelam) 
Garam dan gula secukup rasa 

Cara cara
1. Kesemua bahan bahan B dididihkan di dalam periuk sehingga ayam masak. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam ini dengan minyak. Manakala air rebusannya disimpan utk memasak nasi. Ketepikan. 

2.Panaskan minyak zaitun dan tumiskan semua bahan bahan tumisan bersama 3 helai daun pandan sehingga naik bau.

3. Masukkan beras dan goreng seketika. Curahkan 5 cawan air rebusan ayam tadi. Pindahkan ke dalam rice cooker

4. Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan ayam di dalam nasi- supaya ayam lembut sebati dalam nasi.

5. Masak lagi nasi itu sehingga 5-10 minit atau sehingga nasi masak. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa. saya tambah sos salatah.


Bahan bahan salsa
2 biji buah tomato - potong dadu 
1 batang timun dibuang biji - potong dadu 
1 labu bawang besar - potong dadu 
2 tangkai cili merah - dimayang halus 
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus 
1 biji lemon diperah ambil jusnya 
1 sudu makan minyak zaitun 
Garam  
Gula 

Cara cara 
Campurkan kesemua bahan2 di atas. Gaul mesra di salam satu mangkuk. Perasakan sehingga cukup rasa dan sedia utk dihidangkan bersama Nasi Mandy.

Bahan bahan sos salatoh
sumber : DAPUR MAMASYA
tomato -2 biji
cili hijau besar- 1 biji
cili merah besar - 1 biji 
cili padi- 3 biji
bawang putih- 2 ulas
garam, gula sikit, air pastu blender semua ni. ikut kepedasan masing-masing ye.


hasilnya:




terima kasih sumber resepi azie kitchen dan mamasya.semoga anda diberikan kesihatan yang baik..aminn.


No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan jejak anda :)