Popular Posts

Saturday, June 20, 2015

Pesakit Tirod dan kehamilan

Assalamualaikum,

Hari ni saya nak berkongsi mengenai tairod dan kehamilan.. saya salah seorang pesakit subklinikal hypertairod.  dan saya selalu membaca luahan hati kawan2 di group fb Tairod dan Anda. anda boleh search fb 'Tairod dan anda'. group tu private.nt admin akan approve. anda boleh baca banyak ilmu dari SINI. kak pah ni, founder fb tairod dan anda. kat group fb tu anda kongsi lah pengalaman anda, dan perasaan anda...ramai yg akan support anda.

ok berbalik pada tajuk. well, saya di sahkan dapat tairod lepas pantang anak pertama (anak meninggal dlm perut).saya rsa leher saya bengkak dan doc tak nak check. katanya takde apa2. ok, kita pesakit tairod kena tegas utk diri kita..

majoriti doc tak ambil serius pasal tairod.sedangkan tairod adalah ibu kepada semua penyakit. kena berkeras.dan saya berjaya buat test darah. kalau nak cepat anda boleh ke klinik swasta buat test TFT ( thyroid function test) @ di pathlab. bayaran dalam rm70-80 dapat result dalam 3-4 hari sahaja.berbanding klinik 1bulan - 2 bulan result.

jika anda merancang untuk hamil, seeloknya anda pastikan dulu hormon tairod anda stabil. jika tidak, anda mungkin keguguran kerana hormon tairod menggangu. sila consult dengan doctor jika perlu doc akan tukar ubat carbimazole kepada ptu (bagi pesakit hyperthyroid).

tairod tidak menggangu kesuburan anda tetapi tairod boleh mengganggu kandungan ( boleh sebabkan keguguran ) anda, jika hormon anda tinggi/ terlalu rendah.sebab tu saya nasihatkan anda stabilkan dulu hormon.baru lah get pregnant. ok..


rakan2 group tairod dan anda subur.sampai kena pakai alat perancang dll. saya sendiri doc suruh ambik pil perancang...tp sy tak nak.ckup lah natural protection.. ada yg pesakit bekas kanser tairod pn subur...jd anda jangan risau lah susah nk hamil ke...kita sebnarnya subur dan insyAllah takde masalah itu.cuma berserah pada Allah s.w.t. itu semua rahsia Nya.... sapa kita nak persoal kerja Dia. sabar dan usaha ye.

saya sendiri dua kali hamil. Alhamdullilah.lepas pantang anak pertama, 2 bulan kosong, terus lekat.alhamdullilah... cuma anak sy lahir premature. sb masalah rahim saya lemah.itu semua rezeki dan ujian Allah.kami redha...yes...just be positive.. 

ada jugak salahkan keturunan.ada kes baby kena hypotairoid seawal beberapa hari di lahirkan.dan ibu mereka bebas tairod.malah tak ada ahli keluarga mereka pn kena tairod.ini semua rezeki Allah...kita insan terpilih..

korang jgn tension tau. pesakit tairod memang ada problem fikir sesuatu dengan sgt mendalam..kalah polis CSI.hiihi

kongsi lah masalah anda kt komen bawah ni, atau pun dapatkan sokongan lebih add facebook group Tairod dan Anda. anda tak keseorangan..hanya pesakit tairod je faham masalah pesakit tairod.

tip pregnant bagi pesakit thyroid/tairod:
1. stabilkan hormon tairod
2. minta nasihat doc (dari segi ubat dan ambil asid folic 3bulan sebelum plan nak pregnant)
3. bila dah pregnant, cepat2 buka buku pink. kena selalu jumpa doc. 



No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan jejak anda :)