Popular Posts

Monday, October 19, 2015

Bercuti di Penang 2015 : TIPS JIMAT


Percutian bajet di Penang 2015 (UPDATE 15 DECEMBER 2015)

3 bulan lepas kami suami isteri telah bercuti di pulau pinang. syiookk ooo.. kami bercuti secara jimat dan ala- ala backpackers.

kami ke sana menaiki flight Air asia. hotel dan tiket kami booking secara online. ok...kali ni saya nak cerita cara percutian bajet. bukan kedekut tau...tapi kita cut cost mana yang patut. 

Di penang korang naik je bas ke mana2 destinasi korang nak tuju. cuba la, anda akan rasa betul2 melancong. murah dan boleh nikmati pemandangan di penang. jika korang stay di grand inn jalan penang, ini panduan untuk anda.



DAY 1 (5 sept 2015)

1. Sabtu malam sampai : airport penang ke hotel naik teksi = RM 44.70 / teksi

2. Hotel grand Inn (penang road) untuk 3H2D = RM 68.35 (DOUBLE DECKER) semalam + RM 73.31 (DOUBLE BED) semalam + RM4 (Charge heritage) . view hotel melalui streetview KLIK SINI  supaya nampak gambaran sekitar di sana.seperti tempat makan dan lain2. memang amat membantu kami firstimer ni.

p/s: jangan risau kedai makan memang banyak di sekitar hotel ni. termasuk nasi kandar line clear depan hotel je. sup hameed jalan sikit je.



untuk Day 1 terpaksa disini, sebab dah sold out yg lain. single tapi agak besar

bilik ni tak bising pun. ramai yang cakap bising sebab mengadap jalan.tapi tak bising pun...

Day 2 baru di sini..best.besar je bilik. aircond pun sejuk jerr



DAY 2 (6 Sept 2015)

Penang Hill 

kami keluar agak pagi.sarapan di bilik je. korang bawak la stok makanan mcm jajan,roti, air kotak dll buh je dalam beg galas bawak ke penang hill.



nak ke sana, Naik bas U204 di stesen rapid bas No8 (LEBUH CAMPBELL) di depan 7E. keluar hotel, jalan ke kanan jer...sampai nampak stesen bas sebelah kiri.

Tambang RM2/PERSON. Bas ni khas ke penang Hill. so jangan takut sesat. last stesen dia akan stop di Penang Hill. then dia kan U-Turn balik. perjalanan ke penang hill ambil masa 30-40min.

ni stesen di depan hotel grand inn. pic gugel


RATE PENANG HILL :
RM10/ ADULT,
RM5/STUDENT, dan
RM3 FROM 6.30AM-9AM dan 7PM-10.30PM.

kami naik buggy car di sana. RM30/car. boleh share je dengan couple lain. baru jimat. ala tanya je couple lain..takyah malu2. tapi naik berdua lebih privacy.kihkihkih. udara kat sini nyaman sangat2. tenang je.


pic all from gugel


balik, kami naik bas U204 jgk. terus lajak ke jeti . Tambang RM1.20 sorang jarak 15minit. masa pergi georgetown free, dan balik je kena charge . kami ke sana sebab nak naik feri je.. beli makanan sana yang murah2 jer. dan balik. kalau korang tak larat ada free van shuttle disediakan.cari la ye. memang jauh sangat dari jeti ke tempat bas express tu. jangan main2 kalau korang bawa org tua, budak kecik dan ibu mengandung. Hazab weiiii... naik turun tangga yang banyak.

feri


Time dah sampai penang, kami naik bas free CAT ( free shuttle) di pengkalan weld dan turun di lebuh campbell N0 8 (stesen yang sama masa naik tu).free je naik. terus sampai hotel.


DAY 3 ( 7SEPT 2015)

Kami nak ke Muzium 3D art muzium (Rm15/person, RM10/student) . kami berjalan kaki je tau..sebab nak cari street art tu. masa di airport/hotel tu ambik pemplet ye..kat situ detail lokasi street art. senang je cari. semua dah jumpa street art tu, kami terus ke muzium trick art ni.

muzium trick art 


Tips: bawak pendrive ye, masa di muzium 3D art tu boleh save softcopy pic kita.dan pergi lah time bukan cuti skolah. sebab kami pergi haritu hanya kami berdua je.staff dia yang ajar cara ambik gambar dan jd fotografer kami.

gambar diorang offer RM50 tau!

balik ke hotel kami naik bas CAT  di station 18 or 17 di padang kota lama. (keluar je muzium tu, belok kiri terus sampai jalan besar, belok kiri jalan terus sampai jumpa stesen bas.naik bas CAT ni free.dan turun lah bila dah sampai di hotel (di stesen No8).

dari hotel (stesen no. 8) ke airport naik bas CAT turun di KOMTAR dan ambik bas 102 tambang RM3/person

Total RM untuk 3hari2 malam = RM 598.81 untuk 2 orang all in.

TIPS JIMAT:
1.  booking melalui expedia.com @ hotel.com. korang boleh compare harga melalui TRIPADVISOR . korang kena buka juga website hotel yang di aim tu..untuk compare harga murah. biasanya rate lagi murah di online. Grand inn jalan penang (pastikan di jalan penang ye, hotel ni ada 2 buah di penang) . ni hotel terbaik saya rasa di penang. recommended.

2. Naik bas dari airport ke hotel. bas yang boleh naik :
    BUS 401 (START 5.45 AM-10PM every 30 min) RM2-3
    BUS 401E (START 5.30 AM-10.30PM every 25min)
    BUS 102 (START 6 AM-11PM every 60-80min. LAST TRAVEL 11.15PM) RM2.70/person )

 for more info pasal bas KLIK DISINI . kalau korang sampai agak malam, baik naik teksi ye.takut sesat dan keselamatan. yang penting rancang perjalanan anda.

3. bawa pendrive ambik softcopy pic di muzium 3D art tu.

4. Share buggy car di penang hill

5.Beli tiket awal di penang hill dan pagi best sangat.tak panas.nyaman udara.

6. kalau student tu, bawak ye kad student. tak kira umur berapa. dah tua pun kalau ada kad pelajar..on jerrr

7. kalo geng anda suka makan, bawak siap2 jajan dan roti.senang.lapor je terus ngap.

p/s: ambil lah peluang makan yang best di penang spt nasi kandar, pasembour, sup hameed, mee sotong dan yg femes lain lah.

rasanya setakat ini je tips yang tak seberapa dari saya. kalau korang ada lagi, tambah la ye kt komen.. jangan malu jangan segan.


3 comments:

  1. Assalamualaikum. Nk tanya htl tu 1 mlm ka rm 70+ mcm mana nk book ya

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam.maaf lambat reply. harga 1 malam rm73 utk katil double. cik/en boleh download tripadvisor apps. search hotel dan lokasi di tripadvisor tu, then dia akan bagi list dan siap compare kan harga paling murah on that date. then klik sampai habis. proceed payment. settle. slamat mencuba.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

sila tinggalkan jejak anda :)