Popular Posts

Thursday, August 14, 2014

Cara berpantang selepas Keguguran

Assalamualaikum kawasn-kawan, ;)

Hari ni, saya nak berkongsi sedikit pengalman dan cara saya berpantang semasa keguguran arwah Muhammad semasa Muhammad 18 minggu kandungan. Masa keguguran tu, ramai orang berpesan kepada saya untuk berpantang lama sikit.sebab baby saya dh besar 18 minggu. here we go,

1) saya memilih 44 hari. tetapi saya mampu habiskan 40 hari je. sebabdah sihat dan nak jalan-jalan. hobi memang suka keluar cuci mata.;) darah nifas saya sebenarnya hampir kering selepas 2 minggu keguguran. tetapi saya ada minum air sireh selama 3 hari (tak boleh lelama tau). ada cara nya iaitu berapa helai ntah kena rebus. saya dah lupa.maaf ye. fungsi daun sireh untuk membuang darah yang tak keluar habis dari rahim kita. dan saya rasa darah lancar.rasa best je.

Daun sireh 


2) Hari ke 7 saya berpantang, saya berurut perut, seluruh badan, dan bertungku.lepas tu saya berbengkung selama 3 minggu je. lepas tu saya on off bengkung. kemalasan melanda.hihi.

batu sungai je saya guna. (kredit: google)

pastu balut dalam kain camni, pastu tukang urut buatkan. 

lepastu dah siap urut, sapu lotion pati halia Mustajab warna hijau tu, and pakai bengkung. memang best.


3) makanan semasa pantang, makan nasi dan ikan bakar je. time lapar saya makan biskut hupseng dan milo.bila dah google banyak yang cakap ini tak boleh, itu tak boleh. saya ambil jalan senang, makan camni je.ulam saya kunyit hidup.potong kecil-kecil. makan tengah panas memang sedap. sesekali bihun sup.

4) minggu ke 3 saya berpantang saya ambil nona roguy.ini selepas sy puas google dan bertanya pengalaman kawan-kawan yang pernah keguguran baby besar di forum Ratuhati. sorang kawan saya ni, dia 2 kali bersalin awal masa 27 minggu (anak kembar) dan anak kedua 20 minggu. Alhamdullilah sekarang dia dah dapat baby comel. jarak dia lekat ialah lepas je habis pantang, tak sempat period pertama. Alhamdullilah. saya ambil 2 jenis je.saya ambil selama seminggu je.masa ni lah darah nifas keluar selama 2 minggu lagi.jadi darah nifas saya 40 hari. Alhamdullilah.

pil phytonatal 

teh akar herbanika.


kedua-dua produk ni saya beli dengan kak engku secara online.harganya mmg jauh lebih murah kat kedai.



5) semangat. kita masih lemah.masa nilah suami perlu lebih bg perhatian kat isteri.sokongan dari segi emosi dan mental. selalulah berborak dengan suami.minta perhatian nya..suami jangan biarkan isteri sorang-sorang...that's not goog hokey. ;)

sampai sinilah dulu tips saya yang tak seberapa ni. tips yang melalui pengalaman saya. berpantang pun kat rumah kakak.abang ipar yang masak kt sy selama 2 minggu. ye lah ibu dah takde. lepas tu saya balik kat rumah sendiri. berpantang sendiri.ok lah assalamaualaikum... have a nice day semua










No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan jejak anda :)