Popular Posts

Wednesday, August 13, 2014

Doa untuk Kuatkan Rahim dan Elakkan keguguran

Di dalam artikel pendek ini doktor Natasha berkongsi doa dan zikir yang dapat diamalkan oleh bakal-bakal ibu agar dikuatkan rahim untuk mengelakkan keguguran ataupun kelahiran pramatang.
Ada beberapa doa / zikir yang boleh diamalkan bagi tujuan ini:
1. Membaca surah Al-Hij’r ayat 97, 98 dan 99:


Maksudnya:
Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa engkau bersusah hati dengan sebab apa yang mereka katakan. Oleh itu, bertasbihlah engkau dengan memuji Tuhanmu, serta jadilah dari orang-orang yang sujud. Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang kepadamu (perkara yang tetap) yakin.

2. Membaca zikir Ya Mubdi.    http://cdn.islamiclyrics.net/wp-content/uploads/2009/01/al_mubdi.png  Bermaksud Pencipta
Hendaklah suami atau seseorang membaca zikir tersebut di atas sebanyak 99 kali pada waktu sahur (sebelum Fajr) dan meletakkan tangan di atas perut isterinya atau perempuan yang sedang hamil.
3.  Baca doa di bawah :

Maksudnya: 
Ya Allah, Tuhan yang mengenggam langit sehingga tidak jatuh ke bumi, ia tegak tanpa atap. Genggamlah janin yang ada di rahimku, sempurnakan dia hingga dia lahir dengan baik dan selamat.

doa- doa ni, saya copy paste blog Dr Natasha, pakar O&G http://drnatashanorfertility.com
Di harap kita sama-sama mengamalkan doa ini. ingatlah, Kun fayakun..JIka Allah kata Jadi, Maka Jadi lah Ia.  wassalam.

No comments:

Post a Comment

sila tinggalkan jejak anda :)